Program : Multaqa Huffaz
Tarikh : 30 April 2019
Tempat : Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah

OBJEKTIF :-
Program Multaqa Huffaz, Peringkat Negeri Melaka yang julung-julung kali diadakan melibatkan 395 Huffaz dan 64 orang guru dari 43 buah sekolah Negeri Melaka telah diadakan pada 30 April 2019. Program ini merupakan anjuran bersama Jabatan Agama Islam Melaka dan UITM Cawangan Melaka dengan kerjasama strategik Ibzura World Travel And Tours Sdn Bhd. Ianya adalah Himpunan para Huffaz bersama Para Pentadbir Tahfiz seluruh Melaka. Program pada sebelah pagi diisi dengan beberapa sesi ceramah antaranya dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK), “Menangani Masalah Gejala Sosial dan Salah Laku Jenayah”, disampaikan oleh ASP Mohd Fadhli Bin Hairul Anuar“. Sesi ke dua “Pendidikan Tahfiz Cerah Masa Hadapan (Fast Track SPM)” dari Encik Hj Zulkiefli Bin Hj Abu Bakar, Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), “Pendidikan Tahfiz Cerah Masa Hadapan” dari Encik Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong, UiTM Cawangan Melaka dan “Pendidikan Tahfiz Cerah Masa Hadapan (Peluang Kerjaya)” dari Encik Abd Halim Bin Sulaiman, CTRM. Sejurus selesai semua ceramah, Majlis Perasmian Penutup dilaksanakan. Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran dipimpin Ustaz Yuzfariman Bin Bohari, Imam Masjid Daerah Alor Gajah serta ucapan alu-aluan oleh En Khairuman Hasim, Timbalan Rektor HEP dan dirasmikan oleh Tuan Md Azhan Samad, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membacakan Teks Ucapan Perasmian YAB Ketua Menteri Melaka, Tuan Adly Bin Zahari. Program ini adalah penglibatan secara langsung staf Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka dan En Mohd Ismail Abidin, Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin merupakan Ketua Projek bersama program ini.

Jumlah penyertaan : 500 orang termasuk AJK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *