Shah Alam – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam dengan kerjasama Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM telah menganjurkan siri wacana yang disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr Zainal Kling selaku Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu.

Antara Objektif siri wacana ini adalah perkongsian ilmu bersama Warga PTAR tentang kepentingan memahami sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan peranan Raja-Raja Melayu. Warga PTAR juga berpeluang untuk berinteraksi dengan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling dan bersoal jawab berhubung perkara-perkara yang berkaitan Institusi Raja- Raja Melayu. Turut hadir mantan dekan Fakulti Pengurusan Maklumat Prof. Dr. Mohd Sazili Shahibi dan dekan IPSIS Prof. Dr. Abdul Hadi Bin Nawawi.

Dalam ucapan  Encik Noor Hidayat bin Adnan, beliau menyatakan bahawa program ini adalah bertepatan dan seiring dengan hasrat Menteri Pendidikan Malaysia untuk mewujudkan negara membaca pada tahun 2030 dan Amanat Tahun Baharu Naib Canselor yang memberi tumpuan kepada “merancakkan budaya membaca”, PTAR telah diberikan tanggungjawab untuk menyelaras dan menggerak Program Read@Uni dengan slogan “With Knowledge We Lead” di peringkat UiTM. Program Read@Uni adalah aspirasi Yang Berhormat Dr. Maszlee Malik bagi membudayakan masyarakat membaca dan mencintai ilmu dalam kalangan Warga Universiti dan Komuniti.

Sehubungan itu, Program Wacana pada hari ini adalah sangat bertepatan dengan objektif Read@Uni bagi meningkatkan ilmu pengetahuan warga PTAR khususnya, dan warga Universiti Amnya. Pihak PTAR akan memberi sokongan dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama program dengan pihak Kursi serta memberi sokongan dalam apa jua kaedah khususnya dalam menyediakan bahan-bahan ilmiah yang mampu menyumbang kepada usaha pemerkasaan ‘Kedaulatan Melayu’.

Program Siri Wacana Ilmu Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dengan tema ‘Kedaulatan Melayu’

Tarikh: 12 Julai 2019 (Jumaat)
Masa  : 8.30 pagi – 12.30 tenghari
Tempat: Bilik Seminar, PTAR Shah Alam
Anjuran bersama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) & Kursi Institusi Raja-Raja Melayu

Objektif Program:-
a) Memperkembangkan dan memanfaatkan peranan Kursi kepada Warga UiTM
b) Menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Canselor Universiti Teknologi MARA sempena Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-90 supaya UiTM mendaulatkan Institusi Raja-Raja Melayu agar sebati dalam jiwa golongan anak muda.
c) Menyokong Program Read@Uni bagi membudayakan warga yang membaca dan mencintai ilmu.
Perkongsian ilmu bersama Warga PTAR tentang kepentingan memahami sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan peranan Raja-Raja Melayu. Warga PTAR juga berpeluang untuk berinteraksi dengan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, YBhg. Profesor Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling dan bersoal jawab berhubung perkara-perkara yang berkaitan Institusi Raja- Raja Melayu

https://perpustakaanuitm.blogspot.com/2019/07/program-siri-wacana-kursi-istitusi-raja.html

Like and follow us
https://twitter.com/ptaruitm
https://www.instagram.com/ptaruitm/
https://perpustakaanuitm.blogspot.my/
https://www.facebook.com/KetuaPustakawanUitm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *