Tarikh : 17 Oktober 2019
Masa: 10.00 pagi – 1.00 Petang
Tempat : Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau

Pada 17 Oktober 2019, bermula Jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang telah diadakan program Transformasi Minda Bersama Jabatan Penjara Malaysia. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program ini berlansung adalah:-

  • Ceramah “Disebalik Tirai Besi” oleh Sarjan Penjara Zainol Anuar bin Ibrahim
  • Pameran dari Jabatan Penjara Seremban
  • Pameran Kraftangan dari Jabatan Penjara Seremban

Antara objektif program ini adalah:

  • Memberi pendedahan kepada warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau mengenai aktiviti yang dijalankan oleh tahanan sepanjang mereka berada di dalam penjara.
  • Memberi kesedaran kepada warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau tentang pentingnya keperibadian mulia dalam diri setiap individu.
  • Memberi peluang kepada warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau untuk muhasabah diri untuk menjadi individu yang berguna dan boleh memberi sumbangan dan berbakti kepada ibu bapa, agama, bangsa dan Negara Malaysia.
  • Membina dan membentuk peribadi yang positif terhadap warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau melalui aktiviti yang selaras dengan tuntutan agama.
  • Mewujudkan keinsafan dalam diri warga UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dalam bertindak dengan cara yang betul, berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara.

Untuk maklumat lanjut boleh layari:- https://www.facebook.com/ptarrembau/media_set?set=a.646749272515393&type=3

#MALAYSIAMEMBACA
#READUNI
#UITMMEMBACA
#PTARKampusRembau
#ProgramTransformasiMinda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *