Tarikh : 14 November 2019
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat : Perpustakaan Al-Bukhari , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 14 November 2019 telah berlangsungnya Bengkel Let’s Increase Your Reading Speed. Bengkel yang dijalankan di Perpustakaan Al-Bukhari ini merupakan bengkel pertama seumpamanya di PAB. Modul yang digunakan merupakan modul yang sama digunakan di seluruh sistem UiTM. Intipati modul menekankan cara pembacaan laju, cara pembacaan yang betul dan latihan anak mata. Tujuannya adalah untuk melatih pelajar menjadi seorang pembaca yang berkemahiran dalam adab pembacaan. Ia juga membantu pelajar membaca dengan mudah dan dalam masa yang sama mendapat pemahaman yang menyeluruh hasil dari teknik pembacaan yang betul. Bengkel disertai seramai 98 orang pelajar sekolah dari sekitar Jengka, Pahang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *