Tarikh : 30 November 2019
Masa: 04.00 petang – 6.00 petang
Tempat :  Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik, Pahang

Pada 30 November 2019, StyleSense Solutions Sdn. Bhd. dengan kerjasama Perpustakaan Al-Bukhari telah menjalankan program CSR bertempat di Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik, Pahang. Tumpuan utama program pada kali adalah untuk mewujudkan ruang membaca atau perpustakaan mini untuk kegunaan penghuni di Badan Amal Nur Zaharah. PAB telah menyumbangkan kepakaran dalam pengkelasan, penandaan dan penyusunan bahan bacaan yang ada. Tujuan utama PAB ingin mewujudkan ruang bacaan ini adalah untuk menekankan kepentingan ilmu dalam diri setiap individu tanpa mengira status mereka. Ilmu ini dapat diperoleh melalui pelbagai cara termasuklah pembacaan. Cabaran yang dihadapi oleh sukarelawan adalah ruang yang agak terhad untuk ditempatkan bahan bacaan. Namun atas usaha dan idea yang dikongsi bersama, akhirnya impian ini dapat direalisasikan. Seramai 14 orang sukarelawan terdiri daripada staf StyleSense Solutions Sdn. Bhd. dan Perpustakaan Al-Bukhari yang bersama-sama menjayakan program pada kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *