Tarikh : 31 Januari 2020
Masa: 09.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat :  Perpustakaan Al-Bukhari , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 31 Januari 2020, telah berlangsungnya Bengkel “Tot Speed Reading” bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari. Bengkel ini di sampaikan oleh Puan Nurfarawahidah binti Badruesham yang merupakan Pustakawan Kanan di PAB. Bengkel ini dijalankan atas inisiatif pengurusan perpustakaan sendiri yang mana mendapati ada keperluan untuk staf perpustakaan al-bukhari sendiri dan pada masa yang sama memberi kemahiran baru kepada staf. Intipati modul menekankan cara pembacaan laju, cara pembacaan yang betul dan latihan anak mata. Tujuannya adalah untuk melatih staf menjadi seorang pembaca yang berkemahiran dalam adab pembacaan. Dengan adanya bengkel seperti ini juga, staf dapat meningkatkan kemahiran membaca iaitu dari segi teknik membaca dan dalam masa yang sama memamahi setiap bacaan yang dilakukan walaupun dengan bacaan yang pantas. Ia juga membantu staf membaca dengan mudah dan dalam masa yang sama mendapat pemahaman yang menyeluruh hasil dari teknik pembacaan yang betul. Kemahiran seperti ini yang perlu dipelajari dan dibuat dari masa ke semasa. Seramai 23 orang staf PAB menyertai bengkel tersebut dalam usaha untuk memahirkan diri masing-masing dalam menguasai teknik bacaan pantas ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *