Tarikh : 31 Januari 2020
Masa: 10.30 pagi – 12.00 tengahari
Tempat :  Perpustakaan Al-Bukhari , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 31 Januari 2020 telah berlangsungnya Bengkel Asas Fasilitator bersama Encik Mohamad Naim bin Haji Jamaludin, Pegawai Psikologi dari Unit Kaunseling UiTM Jengka bertempat di Perpustakaan Al-Bukhari. Bengkel ini dijalankan bertujuan untuk mempertingkatkan lagi kemahiran dan memberi lebih pendedahan kepada staf Perpustakaan Al-Bukhari dalam mengendalikan aktiviti pelajar UiTM dan palajar dari sekolah-sekolah luar. Staf juga dapat mempertingkatkan kemahiran dan mempelajari teknik yang betul untuk digunapakai ketika menjadi fasilitator dalam apa jua program di uitm terutama di perpustakaan itu sendiri sama ada program uitm atau sekolah luar supaya maklumat dan aktiviti yang dilakukan dan dijalankan sampai pada matlamat dan ditetapkan. Seramai 23 orang staf termasuk pegawai Perpustakaan Al-Bukhari menyertai bengkel ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *