Tarikh : 31 Januari 2020
Masa: 02.30 petang – 5.00 petang
Tempat :  Perpustakaan Al-Bukhari , UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Pada 31 Januari 2020 telah berlangsungnya Bengkel Pemurnian Latihan & Statistik EISv2 bersama staf Perpustakaan Al-Bukhari  yang telah disampaikan oleh Puan Norfitriah Mat Seman, Pustakawan Kanan di bilik IT PAB. Bengkel dimurnikan dengan pelbagai kaedah dan teknik baru bagi melancarkan tugasan hakiki semua staf PAB kearah kecemerlangan. Staf juga diajar cara-cara menggunakan EISv2 bagi tujuan merekod latihan dan statistik PAB bagi setiap bulan dengan dilakukan secara atas talian. Dengan cara ini, staf akan lebih berkemahiran dalam mudah untuk mengemaskini maklumat yang diperlukan. Bengkel ini disertai seramai 23 orang staf termasuk pegawai PAB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *