Pihak pengurusan PTAR mengucapkan tahniah kepada dua kumpulan dari Jabatan Perpustakaan UiTM, iaitu LIBKNOWATE dan BLITZ, yang telah berjaya melayakkan diri ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2025!
Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen dan daya usaha ahli-ahli kumpulan tetapi juga membuktikan bahawa semangat inovasi dan kreativiti terus hidup dan subur di setiap sudut universiti, termasuk di perpustakaan yang sering menjadi nadi ilmu dan pusat perkembangan minda.
Konvensyen ini akan berlangsung pada:
📅 Tarikh: 24 September hingga 25 September 2025
⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang
🏛️ Tempat: DK500, UiTM Puncak Alam