KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK) PERPUSTAKAAN TUN ABDUL RAZAK UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MALAYSIA 2004-2019

KIK adalah satu kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada pekerja yang mewakili tempat kerja yang sama atau BERSILANG FUNGSI, berkumpul secara sukarela untuk mengenalpasti masalah, menganalisa dan seterusnya mencetuskan idea-idea yang kreatif dan berunsur Inovasi bagi tujuan penyelesaian kepada projek.

Jawatankuasa KIK PTAR telah bersetuju supaya mulai tahun 2006 aktiviti Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK) diperluaskan skop dan penglibatannya kepada aktiviti Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) untuk melaksanakan penambahbaikan prosedur dan proses kerja terutama dalam merealisasikan Dasar Imbangan Kuantiti-Kualiti UiTM 2015 (Dasar Q-Q).

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) sebagai mekanisme pengurusan untuk melaksanakan tindakan-tindakan penambahbaikan secara berterusan sistem penyampaian perkhidmatan UiTM yang bertaraf dunia.

Ianya merupakan langkah permulaan dan bijak selari dengan Gerakan Kualiti di PTAR dan PTAR yakin melalui aktiviti KIK mampu menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan UiTM.

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Malaysia Shah Alam bergerak aktif bermula dari tahun 2004.

2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2014
2015
2016
2017
2018
2019

2004

TAJUK PROJEK 1:

BUKU SERING BERSELERAK DI ATAS RAK DAN MEJA (KUMPULAN MAYA dari Perpustakaan Fakulti)

Ringkasan Projek:

Aduan bertulis dari pelanggan mengatakan amat sukar untuk mendapatkan bahan/buku. Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan yang sewajarnya ini akan menyebabkan dasar kualiti PTAR tidak tercapai.

Punca-punca masalah utama:

  • Buku kurang tersusun mengikut nombor kelas.
  • Kekurangan terminal komputer untuk mengakses maklumat (OPAC).
  • Sikap pengguna yang mementingkan diri sendiri.

Cadangan Penyelesaian:

  • Penambahbaikan sistem – menambah facility/komputer/OPAC.
  • Tingkatkan program orientasi pelajar/staf.
  • Tingkatkan aktiviti melibatkan pelajar seperti klinik pencarian maklumat.
  • Tingkatkan penggunaan alat RFID – Radio Frequency Identification.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2004
  • Tempat Ketiga  (Kategori pengurusan)
  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2004
  • Anugerah dokumentasi Terbaik

Projek ini telah diseragamkan kepada semua perpustakaan cawangan UiTM



 

TAJUK PROJEK 2:

KESUKARAN MENDAPAT KERTAS SOALAN DALAM KOLEKSI DIGITAL DENGAN CEPAT (KUMPULAN MESRA dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi)

Ringkasan Projek:

PTAR telah membangunkan kertas soalan digital yang boleh diakses oleh semua pelajar UiTM di kampus Shah Alam mahu pun seluruh cawangan. Namun kebanyakan pelajar tidak dapat mengaksesnya kerana tiada panduan disediakan.

Cadangan Penyelesaian:

Menyediakan panduan kepada pengguna secara lebih efisien.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2004


 

TAJUK PROJEK 3:

KELEWATAN MENDAPATKAN MAJALAH BERJILID TERKINI DI PTAR (KUMPULAN PINTAR dari Bahagian Jurnal Dan Pangkalan Data)

Ringkasan Projek:

Mempercepatkan proses penjilidan majalah di PTAR dengan cara menguatkuasakan peraturan baru untuk Penjilid Luar.

Menjadikan PTAR 1 sebagai pusat agihan bagi keseluruhan PTAR Fakulti, dengan memperkenalkan mesin ‘Kroy Tape’.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2004


 

TAJUK PROJEK 4:

MASALAH PROSES ALIRAN KERJA YANG TIDAK EFEKTIF (Kumpulan CANTAS dari Unit Jilid & Repografi)

Ringkasan Projek:

Aktiviti kerja dilakukan sepenuhnya oleh seorang staf unit Jilid (proses kerja dari awal hingga akhir). Ini menyebabkan berlakunya pertindihan kerja.

Cadangan Penyelesaian:

  • Ubahsuai carta alir kerja staf.
  • Pengagihan bahan kerja yang efektif.
  • Penyusunan bahan Jilidan yang sistematik.

 

2005

TAJUK PROJEK 5:

PELAJAR SERING MENYALAHGUNA PC OPAC (Kumpulan e-WAVE dari Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)

Ringkasan Projek:

Mengubahsuai papan kekunci (keyboard) supaya dapat menghalang pelajar dari sering mengubah paparan di skrin PC OPAC (cth: Pelajar menggunakan PC OPAC untuk tujuan lain, seperti melayari Internet, menaip, menukar ‘screen saver’ dsb).

Matlamat projek ini ialah:

  • Mengurangkan penyalahgunaan PC OPAC oleh pelanggan.
  • Mengurangkan masaalah penyelenggaraan dan pembaikan PC.
  • Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan perpustakaan di samping memberi kepuasan kepada pengguna.

 Faedah-faedah yang diperolehi:

  • Mengurangkan beban tugas juruteknik Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, PTAR.
  • Mengurangkan pengawasan dan pemantauan PC OPAC oleh Pembantu Perpustakaan.
  • Menjimatkan kos pembelian perisian dan perkakasan komputer seperi hard disk yang rosak yang mana kos bagi satu unit hard disk yang rosak ia lah sebanyak RM 300.00
  • Dapat mengurangkan masa menyelenggara dan membaiki PC OPAC yang telah disalahguna.
  • Dapat melatih pengguna perpustakaan supaya lebih

bertanggungjawab dalam menggunakan peralatan seperti PC OPAC di perpustakaan.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005
  • Tempat Pertama (Kategori Pengurusan)
  • Anugerah Inovasi Terbaik
  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2005
  • Tempat Kedua
  • Anugerah Dokumentasi Terbaik
  1. Konvensyen KMK IPTA kali ke 2 di UPSI tahun 2005
  • Tempat Pertama (Kategori Teknikal)
  1. Konvensyen KMK Peringkat Negeri Selangor bagi Sektor Awam ke 9 tahun 2006
  • Mewakili UiTM
  1. Dicalonkan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) tahun 2006

Projek ini telah diseragamkan kepada semua perpustakaan cawangan UiTM

  1. Menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) tahun 2007


 

TAJUK PROJEK 6:

PENGGUNA SUKAR MENCARI BUKU DI RAK PTAR 3 (Kumpulan MAYA dari Perpustakaan Fakulti)

Ringkasan Projek:

Mengatasi masalah pelajar yang sukar mendapatkan buku di rak.

Penyelesaiannya:

Menyediakan pandu arah “Rujukan Pantas” bagi memudahkan pencarian bahan.

 Faedah Projek:

  • Memudahkan pencarian bahan
  • Menjimatkan masa di dalam pencarian bahan
  • Menepati Piagam Pelanggan Bahagian

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005

Anugerah Persembahan Terbaik



 

TAJUK PROJEK 7:

TIADA PROSES PEMBAYARAN DENDA SELEPAS WAKTU PEJABAT (Kumpulan SMART dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi)

 Ringkasan Projek:

  • Memenuhi Piagam Pelanggan PTAR.
  • Perkhidmatan bayar denda dapat dilanjutkan sehingga  perpustakaan ditutup.
  • Kurang Penahanan Transkrip Konvokesyen.
  • Pelajar dapat mengetahui denda yang telah dikenakan terhadap mereka semasa pemulangan buku.

PENCAPAIAN

1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2005



 

TAJUK PROJEK 8:

DESTINASI ADUAN SELENGGARAAN STAF SERING TERSASAR (Kumpulan ILTIZAM dari Bahagian Pentadbiran)

Ringkasan Projek:

Menyelesaikan masalah dan mengenalpasti saluran aduan selenggaraan yang paling berkesan  untuk digunapakai di Bahagian Pentadbiran PTAR.

Kebaikannya:

  • Dapat membendung staf membuat aduan selenggaraan ke Pejabat Am Bhg. Pentadbiran.
  • Staf tidak perlu mengisi borang aduan secara manual (paperless) tetapi mengisi borang dalam e-aduan.
  • Maklumat kerosakan dan kerja baikpulih dapat direkodkan secara teratur untuk tujuan pengurusan PTAR.
  • Tindakan kerosakan dapat diambil dengan cekap dan segera kerana cukup maklumat.
  • Menepati Piagam Pelanggan Bahagian.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005

Anugerah Logo Terbaik



 

TAJUK PROJEK 9:

BUKU SEGERA SUKAR DIKESAN (Kumpulan PSi8 dari Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu)

Ringkasan Projek:

Mempercepat pencarian buku yang diminta dengan kadar segera.  Seterusnya memproses dan menyerahkan kepada pensyarah/pegawai kanan yang meminta.

Kebaikannya:

  • Dapat mengesan kedudukan atau lokasi dimana buku tersebut berada dengan cepat
  • Membantu mempercepatkan proses buku segera
  • Menepati Piagam Pelanggan Bahagian.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005


 

TAJUK PROJEK 10:

REKOD BIBLIOGRAFIK BAHAN BERULANG (Kumpulan C2 dari Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal)

Ringkasan Projek:

Rekod Bibliografik bahan berulang, terdapat dua atau lebih rekod judul yang sama. Rekod berulang ini menyebabkan kekeliruan kepada pengguna perpustakaan.

Cadangan Penyelesaian:

  • Membuat ketetapan pemilihan rekod bibliografik.
  • Memaklumkan kepada staf yang membuat pemprosesan bahan.
  • Piawaikan penetapan dalam proses kerja (FM).

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2005

2006

TAJUK PROJEK 11: 

TROLI PENGHANTARAN BAHAN BACAAN SUKAR DIKENDALIKAN DENGAN SEMPURNA (Kumpulan SMART dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi)

Ringkasan Projek:

Troli yang digunakan sebagai medium penghantaran bahan bacaan ke tingkat-tingkat sukar dikendalikan kerana pergerakan troli tidak selari, sikap staf yang suka memuatkan bahan berlebihan atas troli serta permukaan lantai berkarpet dan tidak rata.

Kaedah Penyelesaiannya:

Memasang absorber dan spring pada keempat-empat kaki troli agar troli lebih mudah dikendalikan dan mampu menampung lebih muatan

Kebaikannya:

  • Troli dapat dikendalikan dengan sempurna
  • Mengurangkan risiko kecederaan kepada staf
  • Melahirkan persekitaran yang selesa
  • Dapat melancarkan tugas penghantaran bahan bacaan ke tingkat-tingkat

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2006
  • Anugerah Penyampai Lelaki Terbaik
  • Anugerah Inovasi Terbaik
  • Anugerah Logo Terbaik
  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2006
  • Anugerah dokumentasi Terbaik
  1. Konvensyen ICC peringkat Wilayah Tengah pada 25 dan 26 Jun 2007 di Hotel Sheraton, Subang Jaya. Konvensyen ini disertai oleh 442 peserta dari 64 kumpulan yang mewakili 38 organisasi seperti Rapid KL, SIRIM, Perodua, Petronas, DBKL, Samsung, Toshiba, Resort World Berhad dan lain-lain organisasi swasta.

Kumpulan SMART telah menerima anugerah EMAS pada konvensyen tersebut.

  1. Konvensyen ICC Kebangsaan 2007 di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

Konvensyen ini disertai oleh 140 kumpulan daripada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta. Kumpulan tersebut dibahagikan kepada 4 sektor iaitu

  • Sektor Perkhidmatan (40 Kumpulan)
  • Sektor Awam (24 Kumpulan)
  • Sektor Elektrik/ Elektronik (36 Kumpulan)
  • Sektor Perkilangan (40 Kumpulan)

SMART diletakkan di bawah kategori Sektor Awam.

Kumpulan SMART, PTAR, UiTM Shah Alam
– 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam
– Anugerah Emas 3 Bintang

  1. Perlindungan Harta Intelek

Produk ini telah diluluskan untuk mendapat perlindungan harta intelek. IRDC telah melantik PINTAS (Patent, Trademark & Copyright Protection) untuk membuat pencarian patent yang telah didaftarkan di peringkat antarabangsa. Produk ini telah disahkan sebagai novel and inventive dan boleh di patentkan di peringkat antarabangsa.

  1. Terpilih mewakili UiTM ke The 36th International Exhibition of Inventions, New Techniques and Products 2008. Di Geneva, Switzeland pada 2 – 6 April 2008.

Mendapat pingat GANGSA



 

TAJUK PROJEK 12:

SENARAI ITEM STOK SUKAR DICARI (Kumpulan KeyWORLD dari Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu)

Ringkasan Projek:

Buku daftar stok digunakan untuk mencatit item bahan. Berlaku tersalah mengisi buku daftar menyebabkan baki tidak sama.

Diantara cadangan penyelesaian adalah dengan mewujudkan sistem pangkalan data item stok (MyStore). Dengan ini pengambilan stok dapat berjalan dengan lancar dan menjimatkan masa.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2006
  • Tempat ketiga
  1. Menyertai Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2006

2007

TAJUK PROJEK 13:

PENGGUNAAN FAQ DALAM PORTAL PTAR KURANG BERKESAN (Kumpulan MAYA dari Bahagian Perpustakaan Fakulti)

Ringkasan Projek:

Kerapkali pengguna perpustakaan membuat pertanyaan samada cara bersemuka, panggilan telefon, emel dan lain-lain, yang mana pertanyaan tersebut adalah secara berulang-ulang. Soalan atau pertanyaan yang sering ditanya boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu rujukan cepat, rujukan penyedilidan, nasihat dan bimbingan, tunjukajar pencarian dan Virtual Reference Facilitator (VRF). Manakala tunjukajar pencarian dibahagikan kepada empat iaitu OPAC/Infoline, Koleksi Digital, Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) dan maklumat Internet.

Mengikut laporan statistik 2006 terdapat sebanyak 18,835 soalan dan telah diajukan pelanggan. Soalan dan pertanyaan ini perlu dijawab oleh staf perpustakaan yang terdiri daripada pelbagai kategori staf yang berbeza, sudah pasti cara penyampaian maklumat di dalam memberi jawapan tidak seragam. Keadaan ini perlu diberi perhatian dengan menyediakan satu kaedah penyampaian maklumat sebagai panduan.

Namun begitu selepas FAQ PTAR digunapakai, pengguna masih menggunakan perkhidmatan kaunter sebagai rujukan dan penggunaan hits di dalam FAQ Portal PTAR kurang berkesan. Setelah dianalisa, kumpulan MAYA mendapati masalah ini perlu diberi perhatian dengan melakukan penambaikan bagi meningkatkan imej PTAR dan memudahkan penyampaian secara efektif dan berkesan.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2007
  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 12, 2007


 

TAJUK PROJEK 14:

KELEWATAN MENDAPATKAN STATISTIK PENDAFTARAN PENGGUNA PUSAT IT (Kumpulan e-WAVE dari Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)

Ringkasan Projek:

Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Pusat IT di PTAR sebelum wujudnya sistem CLIS – Computer Lab Information System, menggunakan kaedah lama dimana pelajar akan menulis butiran mereka ke atas buku log.

Antara kesan-kesan yang dihadapi hasil dari kaedah lama ini ialah :

  • Staf sukar untuk membaca buku rekod pendaftaran
  • Staf tidak dapat mengesan status pelajar
  • Staf mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan statistik
  • Staf sukar hendak mengawal pengagihan PC kepada pelanggan
  • Buku log pendaftaran mudah koyak dan lusuh
  • Staf sukar hendak mengawal pendaftaran masuk dan pendaftaran keluar

Oleh yang demikian kewujudan sistem CLIS yang diberikan kepada pelanggan sekarang adalah lebih sistematik dan lebih teratur melalui sistem pendaftaran secara online dimana pelanggan tidak lagi dikehendaki mencatat butiran peribadi secara manual dalam buku rekod pendaftaran.

CLIS merupakan satu sistem pengurusan Pusat IT bersistematik secara online yang boleh diakses di seluruh Perpustakaan UiTM Shah Alam dan Perpustakaan UiTM Kampus Cawangan.

Antara signifikan yang diperolehi oleh Perpustakaan ialah : 

  1. Sistem ini telah memberi impak kepada Perpustakaan di dalam menguruskan Pusat IT Perpustakaan di UiTM yang mempunyai enrolmen pelajar yang besar.
  2. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti staf yang menguruskan Pusat IT dengan lebih berkesan.
  3. Sistem ini dapat menjimatkan masa semasa pendaftaran dijalankan serta capaian maklumat pelanggan adalah lebih cepat dan tepat.
  4. Sistem telah dilaksanakan dengan jayanya di 9 buah Pusat IT Perpustakaan UiTM Shah Alam dan telah digunapakai di 10 Perpustakaan Kampus Cawangan.

Disamping itu juga projek ini juga menepati kehendak Dasar Kualiti Perpustakaan UiTM dimana PUiTM prihatin dan komited dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan berpandukan kepada kepuasan pelanggan dan penambahbaikan yang berterusan serta boleh dicapai melalui kakitangan yang cekap dan mahir, perkhidmatan yang cepat dan tepat, bahan yang komprehensif dan terkini, serta persekitaran yang mesra dan selesa.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2007
  1. Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 12, pada 8 – 9 Ogos 2007, Bertempat Di Auditorium ILQAM

Berikut dinyatakan keputusan konvensyen tersebut, di mana e-WAVE  telah memenangi 7 daripada 13 Anugerah yang dipertandingkan…

  • JOHAN KESELURUHAN
  • Johan Projek
  • Anugerah Persembahan Terbaik
  • Anugerah Dokumentasi Terbaik
  • Anugerah Logo Terbaik
  • Anugerah Inovasi ICT
  • Anugerah Pembentang Lelaki Terbaik
  1. Konvensyen KIK Peringkat UiTM kali ke 12, 2007 pada 29 Ogos 2007 Bertempat di Everly Resort Hotel, Melaka
  • Johan Keseluruhan
  • Johan Projek
  • Anugerah Dokumentasi Terbaik
  • Anugerah Logo Terbaik
  1. Menyertai Konvensyen KIK IPTA kali ke 4 di UTM, Skudai Johor pada 23 – 26 Oktober 2007
  1. Anugerah Kumpulan KIK Terbaik Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi tahun 2007.
  1. Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canserlor (AKNC) 2007.
  1. Konvensyen ICC peringkat Wilayah Selatan pada 18 dan 19 Jun 2008 di Hotel Renaissance, Melaka. Konvensyen ini disertai oleh 67 kumpulan yang mewakili pelbagai organisasi Kerajaan & Swasta.

Kumpulan e-WAVE telah menerima anugerah EMAS pada konvensyen tersebut.

  1. Terpilih Mewakili PTAR dalam Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik 2008, pada 24 & 25 Jun 2008 bertempat di Dewan Sri Budiman & Dewan Annexe, UiTM Shah Alam.
  1. Mewakili UiTM dalam Konvensyen ICC MPC Kebangsaan 2008, pada 19 – 21 Ogos 2008 bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya.

e-WAVE diletakkan di bawah kategori Sektor Awam.

Kumpulan e-WAVE, PTAR, UiTM Shah Alam
– 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam
– Anugerah Emas 3 Bintang

  1. Mewakili UiTM dalam Konvensyen ICC MPC Peringkat Perpustakaan SeMalaysia pada 3 Nov 2008 di Sarawak.
  1. Mewakili UiTM ke Pertandingan Seoul International Invention Fair (SIIF) 2008 pada 11 – 15 Disember 2008 di Seoul, Korea


 

TAJUK PROJEK 15:

PEMBAZIRAN BAHAN KEKULIT BUKU (Kumpulan SOLVE dari Unit Jilid Bahagian Pentadbiran)

Ringkasan Projek:

Pembaziran bahan kekulit ini terjadi dari lebihan bahan yang telah diukur mengikut buku yang mempunyai ketetapan saiz yang berbeza. Masalah berlaku berpunca dari saiz buku yang tidak tetap dan berbeza.

Apabila buku mempunyai pelbagai saiz, lebihan akan terjadi disebabkan potongan saiz yang tidak sekata. Hasil daripada perbincangan, kumpulan mencadangkan pembaziran bahan kekulit buku yang berlaku di Unit Jilid digunapakai bagi tujuan membuat Jilidan yang kreatif bagi buku-buku kecil (saiz B5) seperti buku cerita supaya ia kelihatan lebih cantik dan dapat menarik minat pelanggan untuk membaca. Lebihan bahan juga boleh dijadikan kekulit bagi ‘note pad’ dan dijadikan penanda buku.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2007
  1. Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 12, pada 8 – 9 Ogos 2007, Bertempat Di Auditorium ILQAM
  • Anugerah Kumpulan KIK Berpotensi
  1. Konvensyen KIK Peringkat UiTM kali ke 12, 2007 pada 29 Ogos 2007 Bertempat di Everly Resort Hotel, Melaka

2008

TAJUK PROJEK 16:

MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI MAKLUMAT DI SETIAP LOKASI PERPUSTAKAAN (Kumpulan AL-MAKTABAH dari Bhg. Perkhidmatan Maklumat / Bhg. Pengurusan Kualiti & Latihan / Bhg. Jurnal & Pangkalan Data)

Ringkasan Projek:

Populasi pelajar yang ramai dan enrolmen yang meningkat setiap semester telah memberi kesan kepada capaian maklumat perpustakaan yang kurang efektif.

Masalah tersebut berpunca dari bilangan perpustakaan fakulti yang banyak dan berada di pelbagai lokasi.

Sebagai cadangan penyelesaian, kumpulan memilih untuk membangunkan perisian berbentuk multimedia yang dinamakan Virtual Tour. Ia dibangunkan bagi mengatasi serta memberi pendedahan yang lebih berkesan dan maklumat yang terkini serta efektif kepada pelajar UiTM yang berpopulasi tinggi.

Perisian ini mampu memberi capaian yang meluas, berkesan dan maklumat yang terkini mengenai perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Perpustakaan termasuk Perpustakaan Fakulti. Virtual Tour boleh diakses di mana-mana lokasi sama ada di dalam Kampus mahupun di luar kawasan kampus dan tiada had penggunaan.

Penjimatan kos projek adalah sebanyak RM59,169.00 jika dibandingkan dengan kos yang dibangunkan oleh syarikat luar. Hasil Inovasi dan kreatif kumpulan dapat membantu Jabatan di dalam mengurangkan Bajet Pengurusan.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2008
  1. Menyertai Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 13, pada 4 – 5 Ogos 2008, Bertempat Di Dewan Al-Ghazali, JPbSM.


 

TAJUK PROJEK 17:

MENAMBAH KEMUDAHAN PINJAMAN BUKU LAYAN DIRI DI PERPUSTAKAAN (Kumpulan e-WAVE dari Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)

Ringkasan Projek:

Dengan pertambahan jumlah pelajar yang akan mencecah 200,000 pada tahun 2010 nanti, 1 unit Mesin Pinjaman Buku Layan Diri atau lebih dikenali dengan (MPLD) didapati tidak lagi mencukupi untuk menampung pengguna untuk membuat pinjaman buku terutamanya di waktu puncak iaitu pada jam 12.00 tgh hingga 1.00 petang.

Kajian mendapati pengguna menggunakan waktu tersebut untuk meminjam buku kerana pada waktu tersebut mereka tiada kelas. Dan dalam tempoh 1 jam tersebut maka berpusu-pusu pelanggan datang ke perpustakaan untuk meminjam buku. Maka disini berlakulah kesesakan dan beratur panjang untuk menggunakan kemudahan (MPLD).

PTAR 1 hanya mempunyai satu unit (MPLD), yang mana 1 unit berharga RM 142,557.00 semestinya ini membebankan PTAR dari segi kewangan untuk menambah mesin yang sedia ada bagi memberi keselesaan perkhidmatan kepada pelanggan.

Objektif projek adalah:

  1. Mengelakkan kesesakan di  mesin pinjaman buku layan diri.
  2. Membantu Pengurusan menjimatkan wang semaksimum mungkin.
  3. Memastikan pelanggan sentiasa selesa membuat proses pinjaman tanpa menunggu lama.
  4. Menggalakkan pelanggan menggunakan perkhidmatan layan diri dan seterusnya dapat Membantu menaikkan imej jabatan.
  5. Meningkatkan statistik pinjaman.

Cadangan penyelesaian:

Kumpulan mencipta sendiri mesin pinjaman buku layan diri dengan kos bagi 1 unit mesin adalah RM 16,643.00.

Kumpulan akan menjimatkan wang UiTM sebanyak RM 2,307,120.00 setelah diperluaskan ke 12 Lokasi Perpustakaan Cawangan dan 8 Perpustakaan Fakulti UiTM Shah Alam dengan setiap cawangan dibekalkan dengan 1 unit.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2008
  1. Menyertai Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 13, pada 4 – 5 Ogos 2008, Bertempat Di Dewan Al-Ghazali, JPbSM.
  • Johan Keseluruhan
  • Johan
  • Anugerah Inovasi Teknikal
  1. Menyertai Konvensyen KIK Peringkat UiTM Ke-13 Tahun 2008 pada 14 – 17 Oktober 2008 di PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
  • Johan Keseluruhan
  • Johan
  • Anugerah Penjimatan Kos Terbaik

 



 

TAJUK PROJEK 18:

MEMUDAHKAN PENCARIAN MAKLUMAT JABATAN (Kumpulan ILTIZAM dari Bahagian Pentadbiran)

Ringkasan Projek:

Pencarian maklumat secara manual dilakukan mengikut kaedah iaitu dengan berjumpa Kerani Fail untuk mendapatkan sesuatu maklumat.  Maklumat yang dikehendaki merupakan maklumat semasa atau sebaliknya.

Ini secara tidak langsung menyebabkan maklumat lambat diterima dan perlu mengambil  masa yang lama untuk mendapatkannya. Di samping itu, maklumat tersebut perlu disimpan dengan selamat dan disenggara dengan baik serta memerlukan ruang yang mencukupi bagi meletakkan kabinet fail.  Selain daripada itu, maklumat tersebut hanya boleh didapati pada waktu pejabat sahaja.

Dengan demikian, jabatan perlu mencari satu kaedah bagi membantu staf untuk memudahkan pencarian maklumat jabatan.  Melalui sistem Memori Korporat, maklumat dapat disimpan tanpa memerlukan ruang yang besar serta maklumat tersebut dapat dicapai oleh staf dalam masa yang singkat.  Memori Korporat juga merupakan satu pusat  penyimpanan maklumat.

Disamping itu, dengan adanya sistem ini beberapa faedah dapat diperolehi iaitu :-

  1. Pencarian maklumat lebih mudah dan cepat.
  2. Penyimpanan dan penyebaran maklumat yang bersistematik.
  3. Maklumat disimpan dengan selamat.
  4. Mewujudkan budaya ‘paperless’.
  5. Menggalakkan penggunaan ICT.
  6. Maklumat ’Di Hujung Jari Anda’.
  7. Tidak memerlukan sebarang ruang.
  8. Maklumat dapat dikongsi bersama di dalam satu jabatan.
  9. Sistem ini membantu Ketua Jabatan membuat keputusan dengan cepat.
  10. Penyeragaman sistem pengurusan dokumen Perpustakaan UiTM secara elektronik.
  11. Meningkatkan imej Bahagin Pentadbiran khususnya dan PTAR amnya.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2008
  1. Menyertai Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 13, pada 4 – 5 Ogos 2008, Bertempat Di Dewan Al-Ghazali, JPbSM.
  • Anugerah Penjimatan Kos Terbaik

 



 

TAJUK PROJEK 20:

MEMPERCEPATKAN PEMPROSESAN BUKU BARU (Kumpulan A2C dari Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal)

Ringkasan Projek:

Kelewatan memproses buku baru menyebabkan berlakunya ‘backlog’ serta lambakan troli di bahagian pemprosesan sehingga menyebabkan pelanggan sukar mencari buku, sukar membuat rujukan serta membuat pinjaman bahan. Matlamat utama perpustakaan adalah menyediakan bahan perpustakaan dengan cepat dan tepat. Oleh yang demikian jalan penyelesaian yang diambil bagi menyelesaikan masalah kelewatan memproses buku baru adalah melalui penggunaan Databridging. Databridging boleh didefinisikan sebagai satu kaedah  yang digunakan bagi memuat turun rekod daripada pangkalan data luar ke dalam pangkalan data sistem perpustakaan (Sistem ILMU).

Kelebihan penggunaan Databridging ialah mempercepatkan pemprosesan buku baru, mempercepatkan proses pencarian rekod, menjimatkan masa dan meningkatkan statistik pemprosesan buku. Secara tidak langsung penggunaan Databridging dapat mempercepatkan proses buku baru.  Melalui penyelesaian tersebut kumpulan A2C telah memilih tajuk projek iaitu ”Mempercepatkan Pemprosesan Buku Baru.”

Dengan adanya jalan penyelesaian tersebut, objektif projek iaitu memastikan pelanggan perpustakaan boleh merujuk dan meminjam buku secara pantas dan cepat bagi tujuan pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan yang sejajar dengan misi dan visi UiTM berupaya dicapai.  Selain itu, ia turut memastikan suatu kaedah yang sistematik bagi mempercepatkan pemprosesan buku, membantu pengurusan atasan dengan proses kerja yang efektif dan efisien, mengelakkan kesesakan lambakan troli dan penambaikan proses kerja.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2008
  1. Menyertai Mini Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 13, pada 4 – 5 Ogos 2008, Bertempat Di Dewan Al-Ghazali, JPbSM.
  1. Menyertai Konvensyen KIK Peringkat UiTM Ke-13 Tahun 2008 pada 14 – 17 Oktober 2008 di PNB Ilham Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.


 

TAJUK PROJEK 21:

KELEWATAN MENDAPATKAN STATISTIK PENDAFTARAN PENGGUNA PUSAT IT

Ringkasan Projek:

Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Pusat IT di PTAR sebelum wujudnya sistem CLIS – Computer Lab Information System, menggunakan kaedah lama dimana pelajar akan menulis butiran mereka ke atas buku log.

Antara kesan-kesan yang dihadapi hasil dari kaedah lama ini ialah :

  • Staf sukar untuk membaca buku rekod pendaftaran
  • Staf tidak dapat mengesan status pelajar
  • Staf mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan statistik
  • Staf sukar hendak mengawal pengagihan PC kepada pelanggan
  • Buku log pendaftaran mudah koyak dan lusuh
  • Staf sukar hendak mengawal pendaftaran masuk dan pendaftaran keluar

Oleh yang demikian kewujudan sistem CLIS yang diberikan kepada pelanggan sekarang adalah lebih sistematik dan lebih teratur melalui sistem pendaftaran secara online dimana pelanggan tidak lagi dikehendaki mencatat butiran peribadi secara manual dalam buku rekod pendaftaran.

CLIS merupakan satu sistem pengurusan Pusat IT bersistematik secara online yang boleh diakses di seluruh Perpustakaan UiTM Shah Alam dan Perpustakaan UiTM Kampus Cawangan.

Antara signifikan yang diperolehi oleh Perpustakaan ialah :

  • Sistem ini telah memberi impak kepada Perpustakaan di dalam menguruskan Pusat IT Perpustakaan di UiTM yang mempunyai enrolmen pelajar yang besar.
  • Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti staf yang menguruskan Pusat IT dengan lebih berkesan.
  • Sistem ini dapat menjimatkan masa semasa pendaftaran dijalankan serta capaian maklumat pelanggan adalah lebih cepat dan tepat.
  • Sistem telah dilaksanakan dengan jayanya di 9 buah Pusat IT Perpustakaan UiTM Shah Alam dan telah digunapakai di 10 Perpustakaan Kampus Cawangan.

Disamping itu juga projek ini juga menepati kehendak Dasar Kualiti Perpustakaan UiTM dimana PUiTM prihatin dan komited dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan berpandukan kepada kepuasan pelanggan dan penambahbaikan yang berterusan serta boleh dicapai melalui kakitangan yang cekap dan mahir, perkhidmatan yang cepat dan tepat, bahan yang komprehensif dan terkini, serta persekitaran yang mesra dan selesa.

Kumpulan: e-Wave

PENCAPAIAN

Seoul International Invention Fair (SIIF) Korea

Gold Award

2009

TAJUK PROJEK 22:

MENAMBAH KEMUDAHAN PINJAMAN BUKU LAYAN DIRI DI PERPUSTAKAAN

Ringkasan Projek:

Menambah kemudahan pinjaman buku layan diri (MPLD) di perpustakaan dengan Kumpulan mencipta sendiri mesin pinjaman buku layan diri dengan kos 60% lebih murah dari harga dipasaran dengan ciri-ciri terkini: hybrid menyokong barcode & RFID berserta kamera.

Menambah kemudahan pinjaman buku layan diri (MPLD) di perpustakaan yang didapati tidak lagi mencukupi untuk menampung pengguna untuk membuat pinjaman buku. Kumpulan mencipta sendiri mesin pinjaman buku layan diri dengan kos 60% lebih murah dari harga dipasaran dengan ciri-ciri terkini: hybrid menyokong barcode & RFID 

Kumpulan: e-Wave

PENCAPAIAN

  1. ICC Kebangsaan 2009
  • Naib Johan Sektor Awam
  • 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam
  • Anugerah Emas 3 Bintang
  1. British Invention Show (BIS), London
  • Gold Award

 



 

TAJUK PROJEK 23:

MY FLEXI, LOCKER

Ringkasan Projek:

Merekacipta loker yang berbentuk beg bagi memudahkan pelanggan dan menjimatkan ruang. Beg yang digunakan adalah beg yang sedia ada di pasaran dengan mengubahsuai fizikal beg tersebut dengan menggunakan idea kreativiti kumpulan.

Kumpulan: Smart

PENCAPAIAN

International Exhibition of Invention New Techniques & Product 2009, Geneva, Switzeland,

  • Bronze Award

2010

TAJUK PROJEK 24:

MENAMBAH KEMUDAHAN PINJAMAN BUKU LAYAN DIRI DI PERPUSTAKAAN

Ringkasan Projek:

Menambah kemudahan pinjaman buku layan diri (MPLD) di perpustakaan dengan Kumpulan mencipta sendiri mesin pinjaman buku layan diri dengan kos 60% lebih murah dari harga dipasaran dengan ciri-ciri terkini: hybrid menyokong barcode & RFID berserta kamera.

Menambah kemudahan pinjaman buku layan diri (MPLD) di perpustakaan yang didapati tidak lagi mencukupi untuk menampung pengguna untuk membuat pinjaman buku. Kumpulan mencipta sendiri mesin pinjaman buku layan diri dengan kos 60% lebih murah dari harga dipasaran dengan ciri-ciri terkini: hybrid menyokong barcode & RFID

Kumpulan: e-Wave

PENCAPAIAN 

International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) Hyderabad, India

Silver Award

2011

TAJUK PROJEK 25:

MENAMBAH KEMUDAHAN AKSES PERKHIDMATAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

Cadangan penyelesaian: Kumpulan membangunkan sendiri sistem pengurusan Koleksi Soalan Pepepriksaan yang lalu melalaui “Electronic Question Paper System” (EQPS) produk penyelesaian yang sangat berguna terutama kepada warga UiTM yang boleh mencapai Koleksi Soalan Pepepriksaan yang lalu secara digital dimana jua dan sepanjang masa melalui web EQPS berbanding kaedah lama bercetak dan terhad

Kumpulan: Titanium

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen ICC Kebangsaan 2011

2012

TAJUK PROJEK 26:

MENAMBAH KEMUDAHAN AKSES PERKHIDMATAN KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN

Cadangan penyelesaian: Kumpulan membangunkan sendiri sistem pengurusan Koleksi Soalan Pepepriksaan yang lalu melalaui “Electronic Question Paper System” (EQPS) produk penyelesaian yang sangat berguna terutama kepada warga UiTM yang boleh mencapai Koleksi Soalan Pepepriksaan yang lalu secara digital dimana jua dan sepanjang masa melalui web EQPS berbanding kaedah lama bercetak dan terhad

Kumpulan: Titanium

PENCAPAIAN

  • Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia kali ke-4, 2012
  • International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) 2012, Kuala Lumpur, Malaysia
  • Gold Award

2014

TAJUK PROJEK 27:

MENAMBAH PAPARAN MAKLUMAT AKTIVITI DI RUANG PERPUSTAKAAN 

Cadangan penyelesaian:

  1. Menggantikannya dengan paparan digital melalui kreativiti kumpulan
  2. Kawalan melalui Bahagian Pentadbiran
  3. Menggunakan Softcopy/Online

Kumpulan: KeyLite

Ahli kumpulan:
Ahmad Faizar Jaafar (Hj.)
Ahmad Nazri Jaafar
Abdul Hamid Mohd Salleh
Fauzi Md Noor
Rosli Mohamad (Hj.)
Umar Mohamad Zin

PENCAPAIAN

1. Finalis Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2014



 

TAJUK PROJEK 28:

KEROSAKAN LAMPU DI PTAR LAMBAT DIBAIKPULIH 

Cadangan Penyelesaian:

  1. Guna Rod Yang Boleh Laras Berdasarkan Kepada Ketinggian
  2. Cipta Alat Yang Berkonsepkan ‘Memetik Buah’
  3. Cipta Tapak Lampu

Kumpulan: Keylite

Ahli Kumpulan:
Ahmad Faizar Jaafar (Hj.)
Ahmad Nazri Jaafar
Abdul Hamid Mohd Salleh
Fauzi Md Noor
Rosli Mohamad (Hj.)
Umar Mohamad Zin

PENCAPAIAN

1.Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2014

  • Johan (Kategori Perkhidmatan Awam)

2.Konvensyen KIK Perpustakaan Semalaysia Kali Ke-5, 2014 Di Pulau Pinang

  • Tempat Ke Tiga

3.IIDEX UiTM 2015

  • Anugerah Emas

2015

TAJUK PROJEK 29:

KELEWATAN MENCARI BAHAN DI RAK PERPUSTAKAAN

Cadangan Penyelesaian:

  1. Mewujudkan screen Quick Searching Collection PTAR
  2. Mewujudkan Pelan Lantai
  3. Pemasangan label pada rak
  4. Membuat papan tanda mengikut pengkelasan subjek
  5. Meletakkan petunjuk yang mudah difahami

Kumpulan: Shine

  1. Mohd Azhari Zailani – Ketua Kumpulan
  2. Fariz Azuan Bin Harun
  3. Muhammad Faiz Abdul Ghafar
  4. Mohd Suhaimi Bin Azman
  5. Muhammad Bukharie Bin Hamzah
  6. Noorbaizura Binti Mazlan
  7. Norsaliha Binti Mad Mudin
  8. Ain Nur Munirah

Md Haizar Bin Jamian – Fasilitator
Hj Azizi Jantan – Penyelaras

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM 2015
  • Kumpulan Berpotensi
  1. Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2015
  1. Mini Konvensyen Team Excellence 2016
  • Anugerah Emas
  1. Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2016
  • Anugerah Emas

 



 

TAJUK PROJEK 30:

KELEWATAN PENGHANTARAN STATISTIK DI MEJA RUJUKAN

Cadangan penyelesaian: Reference Desk Management System (RDMS)

Kumpulan: 1Pro

Ahli Kumpulan:

  1. Siti Aishah Sadan – Ketua Kumpulan
  2. Shahrul Hairy Shaharuddin
  3. Muhamad Azrin Ismail
  4. Mohd Aizat Farhan Sayfol Anuar
  5. Mohd Syazwan Hamzah
  6. Mohd Adib Mohd Mohsin
  7. Nur Fatin Tohar

Zalifah Awang Zakaria – Fasilitator
Tn Hj Azizi Jantan – Penyelaras

PENCAPAIAN 

  1. Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM 2015
  • Anugerah Inovasi ICT
  1. Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2015
  • Anugerah Perak
  1. Mini Konvensyen Team Excellence 2016
  • Anugerah Emas
  1. Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2016
  • Anugerah Emas
  1. Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2016
  • Anugerah Emas
  • Terbaik Sektor Awam
  1. International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) Okada Manila Philippines. 24- 27 Oktober 2017
  • Emas (Gold Award) 3 Bintang
  1. Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX) 2019 pada 10-15 Sept 2019 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM
  • Perak

 



 

TAJUK PROJEK 31:

MAKLUMAT PENGUNJUNG PERPUSTAKAAN TERHAD

Cadangan penyelesaian:

  1. Merekacipta alat kawalan masuk
  2. Meletakkan pengimbas kad
  3. Menggunakan platform secara atas talian
  4. Menyediakan format mengikut fakulti dan jenis laporan yang diperlukan

Kumpulan: KeyLite

Ahli kumpulan:

  1. Ahmad Faizar Jaafar (Hj.)
  2. Ahmad Nazri Jaafar
  3. Abdul Hamid Mohd Salleh
  4. Fauzi Md Noor
  5. Rosli Mohamad (Hj.)
  6. Rusinorhelmi Bin Mohamad Sukur

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM 2015
  1. Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2015
  1. Mini Konvensyen Team Excellence 2016
  • Anugerah Emas
  1. Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2016
  • Anugerah Emas
  1. Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2016
  • Anugerah Emas

2016

TAJUK PROJEK 32:

PERKHIDMATAN NASIHAT DAN RUJUKAN TERHAD DI KAUNTER RUJUKAN

Cadangan penyelesaian: Membangunkan aplikasi pertanyaan secara maya (live chat). Perkhidmatan nasihat dan rujukan merupakan perkhidmatan utama yang disediakan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM. Berikut adalah kaedah yang diguna untuk mengendalikan perkhidmatan di kaunter konsultasi iaitu secara bersemuka, telefon dan e-mel. Kumpulan telah mengambil inisiatif dengan menambah kaedah baharu iaitu kaunter maya melalui kewujudan aplikasi perbualan secara maya bersama pustakawan. Disamping itu, hasil inovasi ini dapat membantu pengguna perpustakaan mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan tepat.

Kumpulan: i-Team

Ahli Kumpulan:

  1. Jaz Norfazuna Binti Jaafar–Ketua Kumpulan
  2. Shahrol Nizam Bin Johol
  3. Nik Zatihulwani Binti Jamaludin
  4. Mohd Paizal Bin Usman
  5. Hasnatul Sabarina Binti Amer
  6. Nur Rabita Rouzan
  7. Muhamad Affendi Manshor
  8. Effiza sazliana bt Mohd Salleh

Rapeah Binti Mohd Redzuan – Fasilitator
Ahmad Faizar Jaafar – Penyelaras

PENCAPAIAN

  1. Peringkat Zon Tengah UiTM (2016)
  • Anugerah Dokumentasi Terbaik
  • Tempat ke 3 Keseluruhan
  1. Peringkat UiTM SeMalaysia (2016)
  • Anugerah Inovasi ICT
  • Tempat ke 3 Keseluruhan
  1. Tarikh: 25-26 Julai 2017
    Konvensyen:  Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2017, Permai Hotel, Kuala Terengganu.
  • Anugerah Emas
  1. Peringkat Universiti Awam kali ke 13 (2017)
  • Anugerah Perak
  1. Tarikh: 14 -16 November 2017 Konvensyen: Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2017 Genting International Convention Centre
  • Anugerah Emas (Gold Award) 3 Bintang
  1. International Quality and Productivity Convention (IQPC) pada 13-17 Okt 2019 di Hotel Harmoni One, Batam Centre Indonesia
  • Anugerah Emas 3 Bintang

2017

TAJUK PROJEK 33:

DATA PENGGUNAAN BAHAN KOLEKSI KHAS TIDAK TEPAT

Cadangan penyelesaian: Mewujudkan Special Collection Integrated System (SCIS) yang membolehkan data penggunaan bahan koleksi khas dijana dengan cepat dan tepat.

Kumpulan: i-Clique

Ahli Kumpulan:
1. Wan Noor Sazidah Binti Wan Fauzi -Ketua Kumpulan
2. Nur Azini Binti Azman
3. Zuhaslinda Sulaiman
4. Nur Lian Binti Abd Halid
5. Nur Fatin Nadia Binti Mohamed Nadzri
6. Mohd Azrry Bin Zakaria
7. Muhammad Asyraf Mohd Hata
Wan Izzatul Fahrah binti Wan Ishak – Fasilitator
Ahmad Faizar Jaafar – Penyelaras

PENCAPAIAN

  1. 4 Oktober 2017 – KIK Zon Tengah UiTM 2017, Dewan Annexe, UiTM Shah Alam
  • Anugerah Fasilitator Terbaik – Wan Izzatul Fahrah, Kumpulan i-Clique, PTAR
  • Anugerah Pembentang Wanita Terbaik – Zuhaslinda Sulaiman, Kumpulan i-Clique, PTAR
  • Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik
  • Anugerah Dokumentasi Terbaik
  • Anugerah Tempat Pertama, Johan 
  1. 21-23 November 2017 – KIK Peringkat UiTM 2017, Institut Kepimpinan & Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Bandar Enstek , N9
  • Anugerah Inovasi ICT
  1. 10-11 Julai 2018 Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan 2018, Holiday Villa Johor Bahru City Centre,
  • Anugerah Emas
  1. 13 -15 November 2018 – Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2018,
    Sunway Convention Centre
  • Anugerah Emas (Gold Award) 4 Bintang
  1. 25th Asia Pacific Quality Organization International Conference (APQO IC) & International Quality and Productivity Convention (IQPC) pada 13-17 Okt 2019 di The Stones Hotel, Legian Bali, Indonesia
  • Anugerah Emas 3 Bintang

2018

TAJUK PROJEK 34:

DENDA PERPUSTAKAAN YANG TIDAK DIBAYAR TINGGI

Cadangan penyelesaian: Memberi kemudahan pembayaran tanpa tunai (Cashless)

Kumpulan: Shine

Ahli Kumpulan:

1. Fariz Azuan Bin Harun -Ketua Kumpulan
2. Mohd Suhaimi Bin Azman
3..Muhammad Bukharie Bin Hamzah
4. Noorbaizura Binti Mazlan
5. Norsaliha Binti Mad Mudin
Md Haizar Bin Jamian – Fasilitator
Ahmad Faizar Jaafar – Penyelaras

PENCAPAIAN

  1. 3 Oktober 2018 – KIK Zon Tengah 2018 di Insitut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek, Negeri Sembilan
  • Anugerah Emas
  • Anugerah Penjanaan Kos Sebenar Terbaik
  1. Mini Konvensyen Team Excellence Zon Selatan (MTEx) pada 25 Apr 2019 di Trove, Johor Bahru
  • Anugerah Emas
  1. Konvensyen Team Excellence Wilayah Selatan (RTEx) pada 8-9 Julai 2019 di Ramada Plaza, Melaka
  • Anugerah Emas
  1. Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (NTEx@APIC) 2019 pada 5-7 Okt 2019 di Sunway Pyramid Convention Centre
  • Anugerah Emas 5 Bintang

2019

TAJUK PROJEK 35:

PENGURUSAN DATA DAN MAKLUMAT STATISTIK KELAS KEMAHIRAN MAKLUMAT TIDAK TEPAT

Cadangan penyelesaian: Sistem Kelas Kemahiran Maklumat

Kumpulan: ERA

Ahli Kumpulan:

  1. Nurul Farihah Sarmin Panut-Ketua Kumpulan
  2. Silsoh Khairol
  3. Ja’amayah Kosnan
  4. Kamarunnisa Mudhar
  5. Nordiana Tukijo

Dr Zalifah Awang Zakaria – Fasilitator
Siti Aishah Sadan – Penyelaras
Jaz Norfazuna Jaafar – Timb Penyelaras

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM pada 12 Sept 2019 di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam
  • Anugerah Emas
  • Naib Johan
  • Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik
  1. Konvensyen KIK UiTM Se-Malaysia 2019 pada 5-6 Okt 2019 di UiTM Terengganu, Kampus Dungun
  • Anugerah Emas

 



 

TAJUK PROJEK 36:

KESUKARAN MENDAPATKAN MAKLUMAT PERPUSTAKAAN

Cadangan penyelesaian: Mewujudkan aplikasi Mobile Apps

Kumpulan: i-Clique

  1. Wan Noor Sazidah Binti Wan Fauzi – Ketua Kumpulan
  2. Nur Azini Binti Azman
  3. Mohd Azzry Zakaria
  4. Nur Lian Binti Abd Halid
  5. Nur Fatin Nadia Binti Mohamed NadzriMohd Azrry Bin Zakaria
  6. Mohd Farid Mohamed Said

Ahmad Faizar Jaafar – Fasilitator
Siti Aishah Sadan – Penyelaras
Jaz Norfazuna Jaafar – Timb Penyelaras

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KIK Zon Tengah UiTM pada 12 Sept 2019 di Fakulti Sains Kesihatan, UiTM Puncak Alam
  • Anugerah Emas
  • Anugerah Dokumentasi Terbaik
  • Anugerah Fasilitator Terbaik