PENGENALAN

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK).  KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 dan membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja.  Mulai 2006, KIK telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan KAIZEN yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf.

Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya menumpu kepada penyelesaian punca-punca masalah, malah mencari peluang-peluang penambahbaikan kepada proses sedia ada atau/dan memperkenalkan proses, produk atau perkhidmatan yang baru secara kreatif dan inovatif.  KIK adalah sejajar dengan strategi pembangunan ekonomi yang berasaskan pengetahuan dan daya saing mapan ke arah merealisasi iltizam UiTM menjadi sebuah universiti bertaraf dunia menjelang 2020.

Mulai 2010, Mini Konvensyen KIK dianjurkan oleh salah sebuah Kampus Cawangan UiTM dalam Zon yang berkenaan secara giliran.  Selain daripada objektif konvensyen, tujuannya adalah untuk memilih wakil Zon UiTM di kalangan KIK yang dianugerah EMAS ke Konvensyen KIK peringkat UiTM.  Peserta Mini Konvensyen KIK adalah dari Kampus Cawangan UiTM mengikut enam (6) kelompok Zon seperti berikut:

  1. Zon Tengah
    UiTM Lembah Kelang (Shah Alam, INTEC, Puncak Perdana, Puncak Alam, Jalan Othman, Selayang, Sungai Buloh)
  2. Zon Utara
    UiTM Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang
  3. Zon Pantai Timur
    UiTM Kelantan, Terengganu dan Pahang
  4. Zon Selatan
    UiTM Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
  5. Zon Sabah
    UiTM Sabah
  6. Zon Sarawak
    UiTM Sarawak

VISI

Pemikiran Kretif Dan Inovatif Sebagai Satu Tranformasi Dalam Menjana Ilmu
Pengetahuan Bagi Mencipta Inovasi Yang Boleh Dikomersilkan Seiring dengan
kehendak negara.

OBJEKTIF

Satu Tranformasi Inovasi Bagi Pencapaian Staff Berasaskan Ilmu Pengetahuan
Dan Pembangunan, Perancangan, Penyelidikan, Pembiayaan Dan Pengkomersilan.

POLISI INOVASI

  • Memberi kesedaran kepada keperluan aktiviti kretif dan inovatif dalam perkhidmatan PTAR
  • Menyediakan program kesedaran dan galakan di peringkat staff PTAR
  • Memupuk budaya inovasi dalam setiap jabatan PTAR
  • Menjadikan inovasi sebahagian daripada agenda utama PTAR
  • Memastikan inovasi akan lebih terselaras untuk membawa kepada penghasilan yang boleh dikomersilkan