TAJUK PROJEK 5:
PELAJAR SERING MENYALAHGUNA PC OPAC (Kumpulan e-WAVE dari Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)
Ringkasan Projek:
Mengubahsuai papan kekunci (keyboard) supaya dapat menghalang pelajar dari sering mengubah paparan di skrin PC OPAC (cth: Pelajar menggunakan PC OPAC untuk tujuan lain, seperti melayari Internet, menaip, menukar ‘screen saver’ dsb).
Matlamat projek ini ialah:
- Mengurangkan penyalahgunaan PC OPAC oleh pelanggan.
- Mengurangkan masaalah penyelenggaraan dan pembaikan PC.
- Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan perpustakaan di samping memberi kepuasan kepada pengguna.
Faedah-faedah yang diperolehi:
- Mengurangkan beban tugas juruteknik Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, PTAR.
- Mengurangkan pengawasan dan pemantauan PC OPAC oleh Pembantu Perpustakaan.
- Menjimatkan kos pembelian perisian dan perkakasan komputer seperi hard disk yang rosak yang mana kos bagi satu unit hard disk yang rosak ia lah sebanyak RM 300.00
- Dapat mengurangkan masa menyelenggara dan membaiki PC OPAC yang telah disalahguna.
- Dapat melatih pengguna perpustakaan supaya lebih
bertanggungjawab dalam menggunakan peralatan seperti PC OPAC di perpustakaan.
PENCAPAIAN
- Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005
- Tempat Pertama (Kategori Pengurusan)
- Anugerah Inovasi Terbaik
- Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2005
- Tempat Kedua
- Anugerah Dokumentasi Terbaik
- Konvensyen KMK IPTA kali ke 2 di UPSI tahun 2005
- Tempat Pertama (Kategori Teknikal)
- Konvensyen KMK Peringkat Negeri Selangor bagi Sektor Awam ke 9 tahun 2006
- Mewakili UiTM
- Dicalonkan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) tahun 2006
Projek ini telah diseragamkan kepada semua perpustakaan cawangan UiTM
- Menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) tahun 2007
TAJUK PROJEK 6:
PENGGUNA SUKAR MENCARI BUKU DI RAK PTAR 3 (Kumpulan MAYA dari Perpustakaan Fakulti)
Ringkasan Projek:
Mengatasi masalah pelajar yang sukar mendapatkan buku di rak.
Penyelesaiannya:
Menyediakan pandu arah “Rujukan Pantas” bagi memudahkan pencarian bahan.
Faedah Projek:
- Memudahkan pencarian bahan
- Menjimatkan masa di dalam pencarian bahan
- Menepati Piagam Pelanggan Bahagian
PENCAPAIAN
- Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005
Anugerah Persembahan Terbaik
TAJUK PROJEK 7:
TIADA PROSES PEMBAYARAN DENDA SELEPAS WAKTU PEJABAT (Kumpulan SMART dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi)
Ringkasan Projek:
- Memenuhi Piagam Pelanggan PTAR.
- Perkhidmatan bayar denda dapat dilanjutkan sehingga perpustakaan ditutup.
- Kurang Penahanan Transkrip Konvokesyen.
- Pelajar dapat mengetahui denda yang telah dikenakan terhadap mereka semasa pemulangan buku.
PENCAPAIAN
1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2005
TAJUK PROJEK 8:
DESTINASI ADUAN SELENGGARAAN STAF SERING TERSASAR (Kumpulan ILTIZAM dari Bahagian Pentadbiran)
Ringkasan Projek:
Menyelesaikan masalah dan mengenalpasti saluran aduan selenggaraan yang paling berkesan untuk digunapakai di Bahagian Pentadbiran PTAR.
Kebaikannya:
- Dapat membendung staf membuat aduan selenggaraan ke Pejabat Am Bhg. Pentadbiran.
- Staf tidak perlu mengisi borang aduan secara manual (paperless) tetapi mengisi borang dalam e-aduan.
- Maklumat kerosakan dan kerja baikpulih dapat direkodkan secara teratur untuk tujuan pengurusan PTAR.
- Tindakan kerosakan dapat diambil dengan cekap dan segera kerana cukup maklumat.
- Menepati Piagam Pelanggan Bahagian.
PENCAPAIAN
- Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005
Anugerah Logo Terbaik
TAJUK PROJEK 9:
BUKU SEGERA SUKAR DIKESAN (Kumpulan PSi8 dari Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu)
Ringkasan Projek:
Mempercepat pencarian buku yang diminta dengan kadar segera. Seterusnya memproses dan menyerahkan kepada pensyarah/pegawai kanan yang meminta.
Kebaikannya:
- Dapat mengesan kedudukan atau lokasi dimana buku tersebut berada dengan cepat
- Membantu mempercepatkan proses buku segera
- Menepati Piagam Pelanggan Bahagian.
PENCAPAIAN
- Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005
TAJUK PROJEK 10:
REKOD BIBLIOGRAFIK BAHAN BERULANG (Kumpulan C2 dari Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal)
Ringkasan Projek:
Rekod Bibliografik bahan berulang, terdapat dua atau lebih rekod judul yang sama. Rekod berulang ini menyebabkan kekeliruan kepada pengguna perpustakaan.
Cadangan Penyelesaian:
- Membuat ketetapan pemilihan rekod bibliografik.
- Memaklumkan kepada staf yang membuat pemprosesan bahan.
- Piawaikan penetapan dalam proses kerja (FM).
PENCAPAIAN
- Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2005