2006

TAJUK PROJEK 11: 

TROLI PENGHANTARAN BAHAN BACAAN SUKAR DIKENDALIKAN DENGAN SEMPURNA (Kumpulan SMART dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi)

Ringkasan Projek:

Troli yang digunakan sebagai medium penghantaran bahan bacaan ke tingkat-tingkat sukar dikendalikan kerana pergerakan troli tidak selari, sikap staf yang suka memuatkan bahan berlebihan atas troli serta permukaan lantai berkarpet dan tidak rata.

Kaedah Penyelesaiannya:

Memasang absorber dan spring pada keempat-empat kaki troli agar troli lebih mudah dikendalikan dan mampu menampung lebih muatan

Kebaikannya:

  • Troli dapat dikendalikan dengan sempurna
  • Mengurangkan risiko kecederaan kepada staf
  • Melahirkan persekitaran yang selesa
  • Dapat melancarkan tugas penghantaran bahan bacaan ke tingkat-tingkat

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2006
  • Anugerah Penyampai Lelaki Terbaik
  • Anugerah Inovasi Terbaik
  • Anugerah Logo Terbaik
  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2006
  • Anugerah dokumentasi Terbaik
  1. Konvensyen ICC peringkat Wilayah Tengah pada 25 dan 26 Jun 2007 di Hotel Sheraton, Subang Jaya. Konvensyen ini disertai oleh 442 peserta dari 64 kumpulan yang mewakili 38 organisasi seperti Rapid KL, SIRIM, Perodua, Petronas, DBKL, Samsung, Toshiba, Resort World Berhad dan lain-lain organisasi swasta.

Kumpulan SMART telah menerima anugerah EMAS pada konvensyen tersebut.

  1. Konvensyen ICC Kebangsaan 2007 di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru

Konvensyen ini disertai oleh 140 kumpulan daripada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta. Kumpulan tersebut dibahagikan kepada 4 sektor iaitu

  • Sektor Perkhidmatan (40 Kumpulan)
  • Sektor Awam (24 Kumpulan)
  • Sektor Elektrik/ Elektronik (36 Kumpulan)
  • Sektor Perkilangan (40 Kumpulan)

SMART diletakkan di bawah kategori Sektor Awam.

Kumpulan SMART, PTAR, UiTM Shah Alam
– 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam
– Anugerah Emas 3 Bintang

  1. Perlindungan Harta Intelek

Produk ini telah diluluskan untuk mendapat perlindungan harta intelek. IRDC telah melantik PINTAS (Patent, Trademark & Copyright Protection) untuk membuat pencarian patent yang telah didaftarkan di peringkat antarabangsa. Produk ini telah disahkan sebagai novel and inventive dan boleh di patentkan di peringkat antarabangsa.

  1. Terpilih mewakili UiTM ke The 36th International Exhibition of Inventions, New Techniques and Products 2008. Di Geneva, Switzeland pada 2 – 6 April 2008.

Mendapat pingat GANGSA



 

TAJUK PROJEK 12:

SENARAI ITEM STOK SUKAR DICARI (Kumpulan KeyWORLD dari Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu)

Ringkasan Projek:

Buku daftar stok digunakan untuk mencatit item bahan. Berlaku tersalah mengisi buku daftar menyebabkan baki tidak sama.

Diantara cadangan penyelesaian adalah dengan mewujudkan sistem pangkalan data item stok (MyStore). Dengan ini pengambilan stok dapat berjalan dengan lancar dan menjimatkan masa.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2006
  • Tempat ketiga
  1. Menyertai Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2006

Related posts