Pihak pengurusan PTAR mengucapkan tahniah kepada dua kumpulan dari Jabatan Perpustakaan UiTM, iaitu LIBKNOWATE dan BLITZ, yang telah berjaya melayakkan diri ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2025! Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen dan daya usaha ahli-ahli kumpulan tetapi juga membuktikan bahawa semangat inovasi dan kreativiti terus hidup dan subur di setiap sudut universiti, termasuk di perpustakaan yang sering menjadi nadi ilmu dan pusat perkembangan minda. Konvensyen ini akan berlangsung pada:📅 Tarikh: 24 September hingga 25 September 2025⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang🏛️ Tempat: DK500, UiTM Puncak Alam
Read MoreAuthor: Perpustakaan UiTM
Kejayaan Cemerlang PTAR di INDES 2025: Projek OFA Bawa Pulang Tiga Anugerah
Shah Alam, 30 Jun 2025 – Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam sekali lagi mencatat sejarah kecemerlangan apabila Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) i-Team berjaya mengharumkan nama institusi dengan merangkul tiga anugerah utama dalam pertandingan The 14th International Invention, Innovation & Design Competition (INDES 2025). Pertandingan berprestij tersebut telah berlangsung pada 26 Jun 2025 di Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar, dan mempertemukan ratusan penyertaan daripada pelbagai agensi dan institusi dalam serta luar negara. Projek Inovatif OFA Curi Tumpuan Melalui projek berjudul Online Finding Archive: Online Search and Booking System of…
Read MoreSyabas dan Tahniah kepada Kumpulan i-Team di Penang International Invention, Innovation & Design (PIID)
SHAH ALAM, 18 Mei 2023 – Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam mencatatkan kejayaan gemilang apabila Kumpulan Inovatif & Kreatif i-Team berjaya meraih Anugerah Perak di Penang International Invention, Innovation & Design (PIID) 2023. Acara tersebut berlangsung dari 16 hingga 18 Mei 2023 di Dewan Besar, UiTM Pulau Pinang, Permatang Pauh. Projek yang dipertandingkan oleh kumpulan ini berjudul Online Finding Archives (OFA), yang menawarkan penyelesaian inovatif dalam pencarian dan pengaksesan arkib secara dalam talian. Kumpulan ini terdiri daripada tujuh ahli yang dedikasi, termasuk Puan Rapeah Binti Mohd Redzuan sebagai…
Read MoreMesyuarat Perancangan Konvensyen KIK UiTM 2023
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berasa amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai penganjur Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2023, yang dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Bagi memastikan kelancaran acara tersebut, satu mesyuarat persediaan telah diadakan pada 14 April 2023 antara PTAR dan InQKA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ts. Haji Azizi bin Hi. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan yang juga menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Siti Aishah Sadan, Pustakawan Kanan merangkap Ketua Unit Kualiti, serta…
Read MoreTahniah i-Clique PTAR: Juara Gold Award ICQCC 2022
Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) PTAR, i-Clique kerana telah berjaya menerima ‘Gold Award’ di International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) 2022, Jakarta, Indonesia yang diadakan secara atas talian dari 15 November 2022 hingga 18 November 2022 dengan pembentangan projek Sistem MyKnowledge Management (MyKM). Tahniah diucapkan kepada 65 kumpulan dari 41 organisasi di Malaysia yang berjaya mencatat kejayaan cemerlang dengan mempersembahkan projek inovasi mereka di International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) 2022. Sebanyak 63 projek inovasi dari Malaysia berjaya meraih Anugerah GOLD, manakala 2…
Read MoreMajlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang telah berjaya merangkul gelaran JUARA dalam kategori Peringkat Bahagian/Jabatan/Pusat/Unit pada Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2022. Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022 yang bertemakan “Transformasi Minda Ke Arah Inovasi Global”, yang dianjurkan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), telah diadakan di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang 17 kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan 27 kategori Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) yang turut mengambil bahagian dalam…
Read MoreTahniah & Syabas Kumpulan KIK BLITZ!
Tahniah dan syabas kepada Kumpulan KIK PTAR BLITZ yang telah berjaya meraih tiga anugerah di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM Peringkat Zon Tengah 2022. Kumpulan ini dinobatkan sebagai Naib Johan KIK Zon Tengah 2022, memenangi Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik, dan Anugerah Emas pada majlis yang diadakan secara atas talian pada 5 hingga 7 September 2022. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk Kumpulan KIK PTAR terus berinovasi dan menghasilkan idea-idea yang lebih kreatif dan berkualiti di masa hadapan. #KIKBLITZ #KIK #Inovasi #KIKPTAR
Read More