Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berasa amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai penganjur Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2023, yang dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Bagi memastikan kelancaran acara tersebut, satu mesyuarat persediaan telah diadakan pada 14 April 2023 antara PTAR dan InQKA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ts. Haji Azizi bin Hi. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan yang juga menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Siti Aishah Sadan, Pustakawan Kanan merangkap Ketua Unit Kualiti, serta…
Read MoreTag: Konvensyen
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang telah berjaya merangkul gelaran JUARA dalam kategori Peringkat Bahagian/Jabatan/Pusat/Unit pada Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2022. Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022 yang bertemakan “Transformasi Minda Ke Arah Inovasi Global”, yang dianjurkan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), telah diadakan di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang 17 kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan 27 kategori Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) yang turut mengambil bahagian dalam…
Read MoreTahniah Kumpulan KIK i-Clique PTAR Anugerah Inovasi ICT KIK UITM 2017
Tahniah Kumpulan KIK i-Clique Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam kerana telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi ICT di Majlis Perasmian Penutup Konvensyen KIK UiTM Semalaysia 2017 di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan. Kumpulan KIK i-Clique telah mempersembahkan projek yang bertajuk : Data Penggunaan Bahan Koleksi Khas Tidak Tepat Ringkasan Projek : Sistem SCIS (Special Collection Integrated System) dibangunkan dalam bentuk web based atau secara atas talian bagi memudahkan pengumpulan data penggunaan bahan perpustakaan di Koleksi Khas dimana ia sebelum ini dijana secara manual. #kik #kikuitm #kikptar #libraryuitm #kik-i-clique
Read MoreTahniah KIK ONE PRO PTAR menerima Gold Award di International Convention on Quality Control Circles ICQCC 2017 – Philippines
Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) One Pro dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM di atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Gold Award) dalam International Convention on Quality Concept Circles (ICQCC) 24- 27 Oktober 2017, di Okada Manila Philippines. Ucapan tahniah dari Twitter Naib Canselor UiTMhttps://twitter.com/VCUiTM/status/923438069813878784 Kumpulan KIK One Pro terdiri dari1. Zalifah Awang Zakaria – Team Advisor (Fasilitator)2. Siti Aishah Sadan – Team Leader3. Shahrul Hairy Shaharuddin – Team Member4. Muhamad Azrin Ismail – Team Member5. Mohd Aizat Farhan Sayfol Anuar – Team Member more fotohttps://www.facebook.com/One-Pro-Uitm-KiK-1775541626077946/orhttp://oneprouitmkik.blogspot.my/ Alhamdulilah, Kejayaan KIK One Pro ini telah dapat…
Read MoreKIK i-Team telah berjaya menerima Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence
Pada 25-26 Julai 2017 Perpustakaan Tun Abdul Razak telah menghantar Kumpulan Inovatif Kretif (KIK) i-Team ke Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2017 di Permai Hotel, Kuala Terengganu. Alhamdulilah kepada KIK i-Team telah berjaya menerima Anugerah Emas. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada i-Team Sekitar persembahan kumpulan sekitar latihan kumpulan Terima kasih atas segala kerjasama dan sokongan moral semua warga Perpustakaan http://library.uitm.edu.my/inovasi/
Read More