Tahniah Kumpulan KIK i-Clique Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam kerana telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi ICT di Majlis Perasmian Penutup Konvensyen KIK UiTM Semalaysia 2017 di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan. Kumpulan KIK i-Clique telah mempersembahkan projek yang bertajuk : Data Penggunaan Bahan Koleksi Khas Tidak Tepat Ringkasan Projek : Sistem SCIS (Special Collection Integrated System) dibangunkan dalam bentuk web based atau secara atas talian bagi memudahkan pengumpulan data penggunaan bahan perpustakaan di Koleksi Khas dimana ia sebelum ini dijana secara manual. #kik #kikuitm #kikptar #libraryuitm #kik-i-clique
Read More