Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berasa amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai penganjur Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2023, yang dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Bagi memastikan kelancaran acara tersebut, satu mesyuarat persediaan telah diadakan pada 14 April 2023 antara PTAR dan InQKA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ts. Haji Azizi bin Hi. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan yang juga menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Siti Aishah Sadan, Pustakawan Kanan merangkap Ketua Unit Kualiti, serta…
Read MoreTag: PTAR
Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang telah berjaya merangkul gelaran JUARA dalam kategori Peringkat Bahagian/Jabatan/Pusat/Unit pada Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2022. Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022 yang bertemakan “Transformasi Minda Ke Arah Inovasi Global”, yang dianjurkan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), telah diadakan di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang 17 kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan 27 kategori Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) yang turut mengambil bahagian dalam…
Read MoreTahniah & Syabas Kumpulan KIK BLITZ!
Tahniah dan syabas kepada Kumpulan KIK PTAR BLITZ yang telah berjaya meraih tiga anugerah di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM Peringkat Zon Tengah 2022. Kumpulan ini dinobatkan sebagai Naib Johan KIK Zon Tengah 2022, memenangi Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik, dan Anugerah Emas pada majlis yang diadakan secara atas talian pada 5 hingga 7 September 2022. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk Kumpulan KIK PTAR terus berinovasi dan menghasilkan idea-idea yang lebih kreatif dan berkualiti di masa hadapan. #KIKBLITZ #KIK #Inovasi #KIKPTAR
Read MoreTahniah KIK Shine-PTAR menerima Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellence
Tahniah KIK Shine Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) menerima Anugerah Emas di Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah 2019 Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Shine dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM di atas kejayaan meraih Anugerah Emas dalam Konvensyen Team Excellent Peringkat Wilayah Selatan (RTeX) 2019 di Ramada Plaza Melaka yang telah berlangsung pada 8-9 Julai 2019 RTEx Wilayah Selatan 2019 kali ini merekodkan penyertaan sebanyak 49 kumpulan yang terdiri daripada 12 organisasi dari seluruh Malaysia dengan kehadiran 330 peserta dan 91 pemerhati. Tahniah dan syabas…
Read MoreTahniah Kumpulan KIK i-Clique PTAR Anugerah Inovasi ICT KIK UITM 2017
Tahniah Kumpulan KIK i-Clique Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam kerana telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi ICT di Majlis Perasmian Penutup Konvensyen KIK UiTM Semalaysia 2017 di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan. Kumpulan KIK i-Clique telah mempersembahkan projek yang bertajuk : Data Penggunaan Bahan Koleksi Khas Tidak Tepat Ringkasan Projek : Sistem SCIS (Special Collection Integrated System) dibangunkan dalam bentuk web based atau secara atas talian bagi memudahkan pengumpulan data penggunaan bahan perpustakaan di Koleksi Khas dimana ia sebelum ini dijana secara manual. #kik #kikuitm #kikptar #libraryuitm #kik-i-clique
Read MorePTAR Mendapat Anugerah Gangsa Bagi Kategori Pentadbiran di Simposium Kecemerlangan Operasi (OE) 2017
Simposium Kecemerlangan Operasi anjuran InQKA telah diadakan pada 15 Ogos 2017 bertempat di Intekma Resort & Convention Centre. Sebanyak sembilan jabatan telah mengambil bahagian dalam Sesi Perkongsian Ilmu mengenai projek kecemerlangan operasi masing-masing. PTAR telah membentangkan Projek Langganan Pangkalan Data Atas Talian (PDAT) yang telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Pembangunan Bahan, Encik Zulkilfi Ismail. Objektif projek ini adalah:1. Mempercepatkan tempoh masa proses langganan PDAT baharu bagi memastikan pengguna universiti dapat menggunakan bahan rujukan untuk pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan di UiTM.2. Memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang berkonsepkan 3A…
Read More