Kumpulan LIBKNOWATE dan BLITZ berjaya melayakkan diri ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2025

Pihak pengurusan PTAR mengucapkan tahniah kepada dua kumpulan dari Jabatan Perpustakaan UiTM, iaitu LIBKNOWATE dan BLITZ, yang telah berjaya melayakkan diri ke Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Tengah 2025! Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan komitmen dan daya usaha ahli-ahli kumpulan tetapi juga membuktikan bahawa semangat inovasi dan kreativiti terus hidup dan subur di setiap sudut universiti, termasuk di perpustakaan yang sering menjadi nadi ilmu dan pusat perkembangan minda. Konvensyen ini akan berlangsung pada:📅 Tarikh: 24 September hingga 25 September 2025⏰ Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang🏛️ Tempat: DK500, UiTM Puncak Alam

Read More

Tahniah dan Syabas Kumpulan KIK BLITZ Finalis KIK Zon Tengah

𝙿𝚒𝚑𝚊𝚔 𝚙𝚎𝚗𝚐𝚞𝚛𝚞𝚜𝚊𝚗 𝚖𝚎𝚗𝚐𝚞𝚌𝚊𝚙𝚔𝚊𝚗 𝚝𝚊𝚑𝚗𝚒𝚊𝚑 𝚍𝚊𝚗 𝚜𝚢𝚊𝚋𝚊𝚜 𝚔𝚎𝚙𝚊𝚍𝚊 𝙺𝚞𝚖𝚙𝚞𝚕𝚊𝚗 𝙺𝙸𝙺 𝙱𝙻𝙸𝚃𝚉 𝙿𝚎𝚛𝚙𝚞𝚜𝚝𝚊𝚔𝚊𝚊𝚗 𝚃𝚞𝚗 𝙰𝚋𝚍𝚞𝚕 𝚁𝚊𝚣𝚊𝚔 𝚄𝚒𝚃𝙼 𝚂𝚑𝚊𝚑 𝙰𝚕𝚊𝚖 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚝𝚎𝚕𝚊𝚑 𝚋𝚎𝚛𝚓𝚊𝚢𝚊 𝚔𝚎 𝚙𝚎𝚛𝚒𝚗𝚐𝚔𝚊𝚝 𝚊𝚔𝚑𝚒𝚛 𝙺𝚘𝚗𝚟𝚎𝚗𝚜𝚢𝚎𝚗 𝙺𝙸𝙺 𝙿𝚎𝚛𝚒𝚗𝚐𝚔𝚊𝚝 𝚉𝚘𝚗 𝚃𝚎𝚗𝚐𝚊𝚑 𝟸0𝟸𝟸 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚒𝚊𝚍𝚊𝚔𝚊𝚗 𝚙𝚊𝚍𝚊 0𝟻 𝚑𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊 0𝟽 𝚂𝚎𝚙𝚝𝚎𝚖𝚋𝚎𝚛 𝟸0𝟸𝟸 𝚜𝚎𝚌𝚊𝚛𝚊 𝚍𝚊𝚕𝚊𝚖 𝚝𝚊𝚕𝚒𝚊𝚗.

Read More

Anugerah Emas dan Anugerah Penjanaan Kos Sebenar Terbaik di Pertandingan Mini Konvensyen KIK UiTM

Tahniah dan Syabas kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) SHINE dari Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM di atas kejayaan meraih Anugerah Emas (Gold Award) dan Anugerah Penjanaan Kos Sebenar Terbaik di Pertandingan Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat Zon Tengah 2018 di Insitut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada 3 Oktober 2018 . Terima kasih atas  segala kerjasama dan sokongan moral semua warga Perpustakaan 

Read More

Tahniah Kumpulan KIK i-Clique PTAR Anugerah Inovasi ICT KIK UITM 2017

Tahniah Kumpulan KIK i-Clique  Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam  kerana telah berjaya merangkul Anugerah Inovasi ICT di Majlis Perasmian Penutup Konvensyen KIK UiTM Semalaysia 2017 di Institut Kepimpinan Dan Pembangunan (ILD) UiTM, Bandar Enstek, Nilai Negeri Sembilan. Kumpulan KIK i-Clique telah mempersembahkan projek  yang bertajuk : Data Penggunaan Bahan Koleksi Khas Tidak Tepat Ringkasan Projek : Sistem SCIS (Special Collection Integrated System) dibangunkan dalam bentuk web based atau secara atas talian bagi memudahkan pengumpulan data penggunaan bahan perpustakaan di Koleksi Khas dimana ia sebelum ini dijana secara manual. #kik #kikuitm #kikptar #libraryuitm #kik-i-clique

Read More