2004

TAJUK PROJEK 1:

BUKU SERING BERSELERAK DI ATAS RAK DAN MEJA (KUMPULAN MAYA dari Perpustakaan Fakulti)

Ringkasan Projek:

Aduan bertulis dari pelanggan mengatakan amat sukar untuk mendapatkan bahan/buku. Sekiranya perkara ini tidak diambil tindakan yang sewajarnya ini akan menyebabkan dasar kualiti PTAR tidak tercapai.

Punca-punca masalah utama:

  • Buku kurang tersusun mengikut nombor kelas.
  • Kekurangan terminal komputer untuk mengakses maklumat (OPAC).
  • Sikap pengguna yang mementingkan diri sendiri.

Cadangan Penyelesaian:

  • Penambahbaikan sistem – menambah facility/komputer/OPAC.
  • Tingkatkan program orientasi pelajar/staf.
  • Tingkatkan aktiviti melibatkan pelajar seperti klinik pencarian maklumat.
  • Tingkatkan penggunaan alat RFID – Radio Frequency Identification.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2004
  • Tempat Ketiga  (Kategori pengurusan)
  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2004
  • Anugerah dokumentasi Terbaik

Projek ini telah diseragamkan kepada semua perpustakaan cawangan UiTM



 

TAJUK PROJEK 2:

KESUKARAN MENDAPAT KERTAS SOALAN DALAM KOLEKSI DIGITAL DENGAN CEPAT (KUMPULAN MESRA dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi)

Ringkasan Projek:

PTAR telah membangunkan kertas soalan digital yang boleh diakses oleh semua pelajar UiTM di kampus Shah Alam mahu pun seluruh cawangan. Namun kebanyakan pelajar tidak dapat mengaksesnya kerana tiada panduan disediakan.

Cadangan Penyelesaian:

Menyediakan panduan kepada pengguna secara lebih efisien.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2004


 

TAJUK PROJEK 3:

KELEWATAN MENDAPATKAN MAJALAH BERJILID TERKINI DI PTAR (KUMPULAN PINTAR dari Bahagian Jurnal Dan Pangkalan Data)

Ringkasan Projek:

Mempercepatkan proses penjilidan majalah di PTAR dengan cara menguatkuasakan peraturan baru untuk Penjilid Luar.

Menjadikan PTAR 1 sebagai pusat agihan bagi keseluruhan PTAR Fakulti, dengan memperkenalkan mesin ‘Kroy Tape’.

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2004


 

TAJUK PROJEK 4:

MASALAH PROSES ALIRAN KERJA YANG TIDAK EFEKTIF (Kumpulan CANTAS dari Unit Jilid & Repografi)

Ringkasan Projek:

Aktiviti kerja dilakukan sepenuhnya oleh seorang staf unit Jilid (proses kerja dari awal hingga akhir). Ini menyebabkan berlakunya pertindihan kerja.

Cadangan Penyelesaian:

  • Ubahsuai carta alir kerja staf.
  • Pengagihan bahan kerja yang efektif.
  • Penyusunan bahan Jilidan yang sistematik.

 

Related posts