2005

TAJUK PROJEK 5:

PELAJAR SERING MENYALAHGUNA PC OPAC (Kumpulan e-WAVE dari Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)

Ringkasan Projek:

Mengubahsuai papan kekunci (keyboard) supaya dapat menghalang pelajar dari sering mengubah paparan di skrin PC OPAC (cth: Pelajar menggunakan PC OPAC untuk tujuan lain, seperti melayari Internet, menaip, menukar ‘screen saver’ dsb).

Matlamat projek ini ialah:

  • Mengurangkan penyalahgunaan PC OPAC oleh pelanggan.
  • Mengurangkan masaalah penyelenggaraan dan pembaikan PC.
  • Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan perpustakaan di samping memberi kepuasan kepada pengguna.

 Faedah-faedah yang diperolehi:

  • Mengurangkan beban tugas juruteknik Bahagian Sistem dan Teknologi Maklumat, PTAR.
  • Mengurangkan pengawasan dan pemantauan PC OPAC oleh Pembantu Perpustakaan.
  • Menjimatkan kos pembelian perisian dan perkakasan komputer seperi hard disk yang rosak yang mana kos bagi satu unit hard disk yang rosak ia lah sebanyak RM 300.00
  • Dapat mengurangkan masa menyelenggara dan membaiki PC OPAC yang telah disalahguna.
  • Dapat melatih pengguna perpustakaan supaya lebih

bertanggungjawab dalam menggunakan peralatan seperti PC OPAC di perpustakaan.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005
  • Tempat Pertama (Kategori Pengurusan)
  • Anugerah Inovasi Terbaik
  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM tahun 2005
  • Tempat Kedua
  • Anugerah Dokumentasi Terbaik
  1. Konvensyen KMK IPTA kali ke 2 di UPSI tahun 2005
  • Tempat Pertama (Kategori Teknikal)
  1. Konvensyen KMK Peringkat Negeri Selangor bagi Sektor Awam ke 9 tahun 2006
  • Mewakili UiTM
  1. Dicalonkan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) tahun 2006

Projek ini telah diseragamkan kepada semua perpustakaan cawangan UiTM

  1. Menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (AIPA) tahun 2007


 

TAJUK PROJEK 6:

PENGGUNA SUKAR MENCARI BUKU DI RAK PTAR 3 (Kumpulan MAYA dari Perpustakaan Fakulti)

Ringkasan Projek:

Mengatasi masalah pelajar yang sukar mendapatkan buku di rak.

Penyelesaiannya:

Menyediakan pandu arah “Rujukan Pantas” bagi memudahkan pencarian bahan.

 Faedah Projek:

  • Memudahkan pencarian bahan
  • Menjimatkan masa di dalam pencarian bahan
  • Menepati Piagam Pelanggan Bahagian

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005

Anugerah Persembahan Terbaik



 

TAJUK PROJEK 7:

TIADA PROSES PEMBAYARAN DENDA SELEPAS WAKTU PEJABAT (Kumpulan SMART dari Bahagian Perkhidmatan Pelanggan & Pengurusan Koleksi)

 Ringkasan Projek:

  • Memenuhi Piagam Pelanggan PTAR.
  • Perkhidmatan bayar denda dapat dilanjutkan sehingga  perpustakaan ditutup.
  • Kurang Penahanan Transkrip Konvokesyen.
  • Pelajar dapat mengetahui denda yang telah dikenakan terhadap mereka semasa pemulangan buku.

PENCAPAIAN

1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2005



 

TAJUK PROJEK 8:

DESTINASI ADUAN SELENGGARAAN STAF SERING TERSASAR (Kumpulan ILTIZAM dari Bahagian Pentadbiran)

Ringkasan Projek:

Menyelesaikan masalah dan mengenalpasti saluran aduan selenggaraan yang paling berkesan  untuk digunapakai di Bahagian Pentadbiran PTAR.

Kebaikannya:

  • Dapat membendung staf membuat aduan selenggaraan ke Pejabat Am Bhg. Pentadbiran.
  • Staf tidak perlu mengisi borang aduan secara manual (paperless) tetapi mengisi borang dalam e-aduan.
  • Maklumat kerosakan dan kerja baikpulih dapat direkodkan secara teratur untuk tujuan pengurusan PTAR.
  • Tindakan kerosakan dapat diambil dengan cekap dan segera kerana cukup maklumat.
  • Menepati Piagam Pelanggan Bahagian.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005

Anugerah Logo Terbaik



 

TAJUK PROJEK 9:

BUKU SEGERA SUKAR DIKESAN (Kumpulan PSi8 dari Bahagian Pembangunan Sumber Ilmu)

Ringkasan Projek:

Mempercepat pencarian buku yang diminta dengan kadar segera.  Seterusnya memproses dan menyerahkan kepada pensyarah/pegawai kanan yang meminta.

Kebaikannya:

  • Dapat mengesan kedudukan atau lokasi dimana buku tersebut berada dengan cepat
  • Membantu mempercepatkan proses buku segera
  • Menepati Piagam Pelanggan Bahagian.

PENCAPAIAN

  1. Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam tahun 2005


 

TAJUK PROJEK 10:

REKOD BIBLIOGRAFIK BAHAN BERULANG (Kumpulan C2 dari Bahagian Pembangunan Bibliografik & Pemprosesan Teknikal)

Ringkasan Projek:

Rekod Bibliografik bahan berulang, terdapat dua atau lebih rekod judul yang sama. Rekod berulang ini menyebabkan kekeliruan kepada pengguna perpustakaan.

Cadangan Penyelesaian:

  • Membuat ketetapan pemilihan rekod bibliografik.
  • Memaklumkan kepada staf yang membuat pemprosesan bahan.
  • Piawaikan penetapan dalam proses kerja (FM).

PENCAPAIAN

  1. Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2005

Related posts