TAJUK PROJEK 13:
PENGGUNAAN FAQ DALAM PORTAL PTAR KURANG BERKESAN (Kumpulan MAYA dari Bahagian Perpustakaan Fakulti)
Ringkasan Projek:
Kerapkali pengguna perpustakaan membuat pertanyaan samada cara bersemuka, panggilan telefon, emel dan lain-lain, yang mana pertanyaan tersebut adalah secara berulang-ulang. Soalan atau pertanyaan yang sering ditanya boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu rujukan cepat, rujukan penyedilidan, nasihat dan bimbingan, tunjukajar pencarian dan Virtual Reference Facilitator (VRF). Manakala tunjukajar pencarian dibahagikan kepada empat iaitu OPAC/Infoline, Koleksi Digital, Pangkalan Data Dalam Talian (PDDT) dan maklumat Internet.
Mengikut laporan statistik 2006 terdapat sebanyak 18,835 soalan dan telah diajukan pelanggan. Soalan dan pertanyaan ini perlu dijawab oleh staf perpustakaan yang terdiri daripada pelbagai kategori staf yang berbeza, sudah pasti cara penyampaian maklumat di dalam memberi jawapan tidak seragam. Keadaan ini perlu diberi perhatian dengan menyediakan satu kaedah penyampaian maklumat sebagai panduan.
Namun begitu selepas FAQ PTAR digunapakai, pengguna masih menggunakan perkhidmatan kaunter sebagai rujukan dan penggunaan hits di dalam FAQ Portal PTAR kurang berkesan. Setelah dianalisa, kumpulan MAYA mendapati masalah ini perlu diberi perhatian dengan melakukan penambaikan bagi meningkatkan imej PTAR dan memudahkan penyampaian secara efektif dan berkesan.
PENCAPAIAN
- Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2007
- Konvensyen KMK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 12, 2007
TAJUK PROJEK 14:
KELEWATAN MENDAPATKAN STATISTIK PENDAFTARAN PENGGUNA PUSAT IT (Kumpulan e-WAVE dari Bahagian Sistem & Teknologi Maklumat)
Ringkasan Projek:
Pendaftaran Pengguna Perkhidmatan Pusat IT di PTAR sebelum wujudnya sistem CLIS – Computer Lab Information System, menggunakan kaedah lama dimana pelajar akan menulis butiran mereka ke atas buku log.
Antara kesan-kesan yang dihadapi hasil dari kaedah lama ini ialah :
- Staf sukar untuk membaca buku rekod pendaftaran
- Staf tidak dapat mengesan status pelajar
- Staf mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan statistik
- Staf sukar hendak mengawal pengagihan PC kepada pelanggan
- Buku log pendaftaran mudah koyak dan lusuh
- Staf sukar hendak mengawal pendaftaran masuk dan pendaftaran keluar
Oleh yang demikian kewujudan sistem CLIS yang diberikan kepada pelanggan sekarang adalah lebih sistematik dan lebih teratur melalui sistem pendaftaran secara online dimana pelanggan tidak lagi dikehendaki mencatat butiran peribadi secara manual dalam buku rekod pendaftaran.
CLIS merupakan satu sistem pengurusan Pusat IT bersistematik secara online yang boleh diakses di seluruh Perpustakaan UiTM Shah Alam dan Perpustakaan UiTM Kampus Cawangan.
Antara signifikan yang diperolehi oleh Perpustakaan ialah :
- Sistem ini telah memberi impak kepada Perpustakaan di dalam menguruskan Pusat IT Perpustakaan di UiTM yang mempunyai enrolmen pelajar yang besar.
- Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti staf yang menguruskan Pusat IT dengan lebih berkesan.
- Sistem ini dapat menjimatkan masa semasa pendaftaran dijalankan serta capaian maklumat pelanggan adalah lebih cepat dan tepat.
- Sistem telah dilaksanakan dengan jayanya di 9 buah Pusat IT Perpustakaan UiTM Shah Alam dan telah digunapakai di 10 Perpustakaan Kampus Cawangan.
Disamping itu juga projek ini juga menepati kehendak Dasar Kualiti Perpustakaan UiTM dimana PUiTM prihatin dan komited dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan berpandukan kepada kepuasan pelanggan dan penambahbaikan yang berterusan serta boleh dicapai melalui kakitangan yang cekap dan mahir, perkhidmatan yang cepat dan tepat, bahan yang komprehensif dan terkini, serta persekitaran yang mesra dan selesa.
PENCAPAIAN
- Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2007
- Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 12, pada 8 – 9 Ogos 2007, Bertempat Di Auditorium ILQAM
Berikut dinyatakan keputusan konvensyen tersebut, di mana e-WAVE telah memenangi 7 daripada 13 Anugerah yang dipertandingkan…
- JOHAN KESELURUHAN
- Johan Projek
- Anugerah Persembahan Terbaik
- Anugerah Dokumentasi Terbaik
- Anugerah Logo Terbaik
- Anugerah Inovasi ICT
- Anugerah Pembentang Lelaki Terbaik
- Konvensyen KIK Peringkat UiTM kali ke 12, 2007 pada 29 Ogos 2007 Bertempat di Everly Resort Hotel, Melaka
- Johan Keseluruhan
- Johan Projek
- Anugerah Dokumentasi Terbaik
- Anugerah Logo Terbaik
- Menyertai Konvensyen KIK IPTA kali ke 4 di UTM, Skudai Johor pada 23 – 26 Oktober 2007
- Anugerah Kumpulan KIK Terbaik Perpustakaan Tun Abdul Razak bagi tahun 2007.
- Juara Keseluruhan Anugerah Kualiti Naib Canserlor (AKNC) 2007.
- Konvensyen ICC peringkat Wilayah Selatan pada 18 dan 19 Jun 2008 di Hotel Renaissance, Melaka. Konvensyen ini disertai oleh 67 kumpulan yang mewakili pelbagai organisasi Kerajaan & Swasta.
Kumpulan e-WAVE telah menerima anugerah EMAS pada konvensyen tersebut.
- Terpilih Mewakili PTAR dalam Konvensyen Amalan Pengurusan Terbaik 2008, pada 24 & 25 Jun 2008 bertempat di Dewan Sri Budiman & Dewan Annexe, UiTM Shah Alam.
- Mewakili UiTM dalam Konvensyen ICC MPC Kebangsaan 2008, pada 19 – 21 Ogos 2008 bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya.
e-WAVE diletakkan di bawah kategori Sektor Awam.
Kumpulan e-WAVE, PTAR, UiTM Shah Alam
– 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam
– Anugerah Emas 3 Bintang
- Mewakili UiTM dalam Konvensyen ICC MPC Peringkat Perpustakaan SeMalaysia pada 3 Nov 2008 di Sarawak.
- Mewakili UiTM ke Pertandingan Seoul International Invention Fair (SIIF) 2008 pada 11 – 15 Disember 2008 di Seoul, Korea
TAJUK PROJEK 15:
PEMBAZIRAN BAHAN KEKULIT BUKU (Kumpulan SOLVE dari Unit Jilid Bahagian Pentadbiran)
Ringkasan Projek:
Pembaziran bahan kekulit ini terjadi dari lebihan bahan yang telah diukur mengikut buku yang mempunyai ketetapan saiz yang berbeza. Masalah berlaku berpunca dari saiz buku yang tidak tetap dan berbeza.
Apabila buku mempunyai pelbagai saiz, lebihan akan terjadi disebabkan potongan saiz yang tidak sekata. Hasil daripada perbincangan, kumpulan mencadangkan pembaziran bahan kekulit buku yang berlaku di Unit Jilid digunapakai bagi tujuan membuat Jilidan yang kreatif bagi buku-buku kecil (saiz B5) seperti buku cerita supaya ia kelihatan lebih cantik dan dapat menarik minat pelanggan untuk membaca. Lebihan bahan juga boleh dijadikan kekulit bagi ‘note pad’ dan dijadikan penanda buku.
PENCAPAIAN
- Telah membuat persembahan kepada pihak pengurusan PTAR tahun 2007
- Konvensyen KIK Peringkat UiTM Shah Alam kali ke 12, pada 8 – 9 Ogos 2007, Bertempat Di Auditorium ILQAM
- Anugerah Kumpulan KIK Berpotensi
- Konvensyen KIK Peringkat UiTM kali ke 12, 2007 pada 29 Ogos 2007 Bertempat di Everly Resort Hotel, Melaka