Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011

Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011

Pada Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 1/2010 yang diadakan pada 19hb. Februari 2010 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Putra Malaysia sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 iaitu pada tahun 2011.

 

Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) dalam penyelesaian masalah organisasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan budaya inovatif dan kreatif serta memberi peluang kepada anggota Perkhidmatan Awam untuk menggilap kebolehan dan meningkatkan kompetensi diri. Ikutan daripada itu, KMK telah ditukar nama kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK).

Program KIK bukan sahaja menyediakan teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi, tetapi juga merangkumi kaedah untuk membolehkan ahli-ahli KIK bertindak secara kreatif dan inovatif bagi menghasilkan sesuatu yang baru atau dalam bentuk yang baru melalui kemahiran imaginasi yang membawa kepada peningkatan sistem penyampaian perhidmatan kepada pelanggan.

Konsep ini juga telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Latihan Universiti (JALUMA) pada tahun 2004 sebagai satu mekanisme pengurusan untuk menyuburkan budaya kerja berkualiti di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Beberapa siri Konvensyen telah dianjurkan di peringkat IPTA seperti pada Jadual 1.

 

 

Tarikh Konvensyen KIK Peringkat IPTA  kali ke 7 dijadualkan pada 1 – 3 Mac 2011
bertempat di:
(a)Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori Teknikal);(b)Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Persembahan Kategori) 

Terdapat 2 Kategori Projek
(a) Kategori Pengurusan
Kategori Pengurusan adalah projek yang berkaitan dengan hal-hal pentadbiran atau sistem prosedur kerja.  Contohnya projek pengurusan ialah penggabungan borang permohonan, lesen komposit, pengenalan borang baru, pelaksanaan prosedur kerja baru, pengenalan sistem kerja baru atau pengubahsuaian sistem lama kepada sistem baru yang boleh menjimatkan masa dan kos operasi, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan penyampaian perkhidmatan sderta faedah-faedah lain
(b) Kategori Teknikal
Kategori teknikal ialah projek yang menggunakan bidang pengetahuan yang tertentu seperti kejuruteraan, seni perusahaan (industrial arts) dan sains gunaan (applied science).  Masalah projek yang dikenalpasti dan telah diselesaikan oleh kumpulan adalah berhubung kait dengan bidang tertentu.  Cadangan yang dikemukakan dan dilaksanakan juga adalah dalam bidang yang sama.  Contoh projek teknikal ialah penciptaan peralatan baru, pembangunan sistem komputer atau perisian komputer, perubahan dalam penggunaan bahan atau komponen kimia dan pengwujudan kaedah teknikal baru

Syarat Pertandingan
Yuran Penyertaan
Kategori Hadiah
Keperluan Peralatan & Penginapan
Etika Pakaian & Logo Pasukan
Kriteria Penilaian

Muat Turun Borang
Borang Penyertaan
Borang Abstrak
Borang Keperluan Peralatan
Borang Keperluan Penginapan

Maklumat lanjut hubungi :

Urusetia
Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke-7,
Pn. Rozi Tamin
( t_rozi@putra.upm.edu.my)
Cik Mahmudah Aunuddin
( mahmudah@putra.upm.edu.my)
Tel : 03-8947 2027/8946 7044
Faks : 03-89467151/8942 6468
Emel : spkpendaftar@gmail.com

Related posts

Leave a Comment