Konvensyen KIK Perpustakaan SeMalaysia Ke-4 Hotel Permai, Kuala Terengganu

 —Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) dan Majlis Pengarah Perpustakaan Awam Negeri akan mengajurkanKumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KonvensyenPerpustakaan SeMalaysia kali ke-4 bertempat di Hotel Permai, Kuala Terengganu, pada 18 hingga 19 September2012.

 

 

 

 

Majlis bakal dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains,Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Dato’ Ahmad Razif Abdul Rahman.

Pengarah PPAT, Hajah Nor Akmal Abd Fatah, berkata Konvensyen KIK bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai produktiviti dan kualiti serta menjadikan KIK sebagai satu alat untuk penyelesaian masalah serta penambahbaikan yang berterusan, memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada anggota perpustakaan di seluruh negara yang terlibat dalam kumpulan KIK masing-masing.

“Pada masa yang sama ia juga memberi peluang membentangkan idea dan projek mereka serta berkongsi pengalaman kumpulan KIK masing-masing serta meningkatkan kesedaran dalam menambah nilai produk dan perkhidmatan sedia ada.

“Peserta juga mampu memberi idea yang kreatif dan inovatif bagi meningkatkan kualiti kerja serta memberikan perkhidmatan perpustakaan yang cemerlang ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia berasaskan ilmu pengetahuan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

 

UiTM diwakili oleh 3 Kumpulan iaitu Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), UiTM Shah Alam oleh KIK TitaniumPerpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan oleh KIK Paradigma manakala KIK Spektrummewakili UiTM Sarawak

     KIK Titanium
   KIK Paradigma
KIK Spektrum
sumber

Related posts

Leave a Comment