Mesyuarat Perancangan Konvensyen KIK UiTM 2023

Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) berasa amat berbesar hati kerana telah dipilih sebagai penganjur Konvensyen KIK Peringkat UiTM 2023, yang dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober ini. Bagi memastikan kelancaran acara tersebut, satu mesyuarat persediaan telah diadakan pada 14 April 2023 antara PTAR dan InQKA. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ts. Haji Azizi bin Hi. Jantan, Ketua Timbalan Pustakawan yang juga menjalankan tugas sebagai Ketua Pustakawan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah Puan Shahidatul Akhmam binti Rambeli, Timbalan Ketua Pustakawan, Puan Siti Aishah Sadan, Pustakawan Kanan merangkap Ketua Unit Kualiti, serta…

Read More

Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022

TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) yang telah berjaya merangkul gelaran JUARA dalam kategori Peringkat Bahagian/Jabatan/Pusat/Unit pada Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) 2022. Majlis Kemuncak Bulan Inovasi dan Kualiti UiTM 2022 yang bertemakan “Transformasi Minda Ke Arah Inovasi Global”, yang dianjurkan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA), telah diadakan di Dewan Berlian, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Selain itu, tahniah juga diucapkan kepada pemenang-pemenang 17 kategori Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan 27 kategori Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) yang turut mengambil bahagian dalam…

Read More

Tahniah & Syabas Kumpulan KIK BLITZ!

Tahniah dan syabas kepada Kumpulan KIK PTAR BLITZ yang telah berjaya meraih tiga anugerah di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) UiTM Peringkat Zon Tengah 2022. Kumpulan ini dinobatkan sebagai Naib Johan KIK Zon Tengah 2022, memenangi Anugerah Penjimatan Kos Sebenar Terbaik, dan Anugerah Emas pada majlis yang diadakan secara atas talian pada 5 hingga 7 September 2022. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk Kumpulan KIK PTAR terus berinovasi dan menghasilkan idea-idea yang lebih kreatif dan berkualiti di masa hadapan. #KIKBLITZ #KIK #Inovasi #KIKPTAR

Read More

Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011

Konvensyen KIK Peringkat IPTA Kali ke 7 pada 1-3 Mac 2011 Pada Mesyuarat Pendaftar-Pendaftar Bil. 1/2010 yang diadakan pada 19hb. Februari 2010 telah bersetuju untuk memberi kepercayaan kepada Universiti Putra Malaysia sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 iaitu pada tahun 2011.   Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha-usaha memperkenalkan inovasi dan membuat penambahbaikan terhadap perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Sesuai dengan keperluan semasa dan perubahan di dalam dan luar negara, kerajaan telah mengkaji semula peranan dan kaedah yang digunakan oleh Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK)…

Read More

Kumpulan Inovatif Kreatif , KIK PTAR, TITANIUM

Kumpulan Inovatif Kreatif , KIK PTAR,  TITANIUM dan  KIK Pendaftar, PELANGI telah terpilih mewakili UiTM menyertai Konvensyen KIK Peringkat IPTA kali ke 7  bermula  dari 1 hingga 3 Mac 2011. Pada tahun 2011 ini  Universiti Putra Malaysia (UPM)  telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Konvensyen KIK peringkat IPTA kali ke 7 .     39  kumpulan membuat pembentangan selama 2 hari  mewakili sejumlah 20 Universiti  dimana 16 kumpulan bagi Kategori Teknikal dan 23 bagi Kategori  Pengurusan, Pembentangan projek kumpulan di lakukan serentak dari lokasi berikut: 1. Persembahan Kategori Teknikal Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan…

Read More

Keputusan Konvensyen KIK IPTA kali ke – 7 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia

Konvensyen KIK IPTA kali ke 7 yang diadakan di Universiti Putra Malaysia telah berakhir dengan jayanya. UiTM diwakili oleh 4 kumpulan iaitu :- 1. REACH- UITM PAHANG 2. TITANIUM- PTAR 3. PELANGI- PENDAFTAR 4. Z’MAX- PUSAT KESIHATAN   Berikut adalah keputusan penuh pada Konvensyen tersebut :- Johan Keseluruhan- SINARAN (UKM) Fasilitator Terbaik – Puan Rafidah Sadaruddin (BEST,UPM) Inovasi Harapan– TITANIUM (PTAR-UiTM) Kategori Pengurusan Johan – BEST (UPM) Naib Johan – REACH (UiTM PAHANG) Ketiga – U – BALANCE (USM) Inovasi Terbaik- MESMERIZE (UPSI) Persembahan Terbaik- HCD SOLUTION (UTM) Kategori Teknikal Johan- SINARAN (UKM) Naib Johan– Z’MAX (UiTM-Pusat…

Read More